Penggunaan wang KWAN diluluskan, langkah Muhyiddin sebelum ini tepat

October 11, 2021 · Isu semasa

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan 2021) secara sebulat suara selepas bacaan kali ketiga, ia walaupun blok pembangkang sebelum ini mengkritik langkah penggunaan dana tersebut.

Penggunaan dana tersebut sebelum ini dilaksanakan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bagaimanapun dikritik keras Pakatan Harapan walhal langkah tersebut diambil bagi mempercepatkan proses pembelian vaksin kepada rakyat.

RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan dibahaskan beberapa Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang.

Dengan kelulusan tersebut, kerajaan boleh kekal menggunakan dana KWAN maksud pemerolehan vaksin, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

Muhyiddin semasa memegang tampuk kerajaan bertindak meluluskan penggunaan dana tersebut bagi mengatasi krisis kesihatan Covid-19 yang semakin meruncing melanda negara, hasilnya Malaysia antara negara yang mencukupi bekalan vaksin dan tidak berdepan masalah kelewatan bekalan seperti negara jiran lain.

Menurut Zafrul, selepas kerajaan meluluskan cadangan Kementerian Kewangan melalui Ordinan Darurat KWAN (Pindaan) 2021 untuk Seksyen 6 Akta 339, penggunaan ordinan tersebut adalah terhad kerana ia akan terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh enam bulan selepas Proklamasi Darurat ditamatkan.

“Ini adalah selaras dengan Fasal 7, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kerajaan melalui RUU KWAN (Pindaan) 2021 berhasrat untuk mengekalkan penggunaan dana KWAN bagi pemerolehan vaksin, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342,” katanya.

Tambahnya, dengan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang terhad, suatu langkah alternatif yang dapat menampung perbelanjaan tambahan untuk keluar dari pada kemelut pandemik Covid-19 perlulah diambil.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pilihan pembiayaan yang paling optimal telah dipilih dalam mengimbangi kepentingan sekarang dan masa depan dengan kos melepas, atau dengan izin, opportunity cost yang berkaitan.

“Oleh itu, penggunaan dana KWAN sebagai salah satu sumber kewangan adalah wajar memandangkan dana tersebut mempunyai kecairan tunai serta dapat memenuhi keperluan vaksin yang mendesak. Malah, penggunaan dana KWAN tidak meningkatkan had statutori hutang kerajaan yang hampir mencecah had yang dibenarkan,” katanya.

Dari segi kemampanan dana untuk jangka masa panjang, Tengku Zafrul memberi jaminan bahawa kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan semula saiz dana KWAN apabila ekonomi telah kembali stabil.

“Ini termasuklah meningkatkan bilangan penyumbang dengan menggalakkan sumbangan dari syarikat atau pihak berkuasa yang lain, termasuklah syarikat yang terlibat dengan pengeksploitasian petroleum atau sumber menyusut lain seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, Akta 339.

“Usaha penambahan semula dana KWAN perlu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan. Komitmen daripada kerajaan persekutuan dan negeri untuk turut mengambil bahagian dalam inisiatif bagi meningkatkan dana KWAN amatlah penting, di samping memperkukuhkan tadbir urus untuk memastikan dana KWAN dapat melaksanakan peranannya,” katanya.

Oleh itu, beliau berpendapat, penggunaan dana KWAN melalui peruntukan RUU KWAN (Pindaan) 2021 adalah penting kerana ia dapat mempergiatkan usaha kerajaan dalam melindungi kesejahteraan rakyat dan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Semoga kesiapsiagaan kerajaan dalam mempercepatkan proses pemerolehan vaksin ini dapat membantu negara membuka semula ekonomi dengan lebih selamat agar rakyat dapat menjalani kehidupan norma baharu dengan lebih bersedia,” katanya.

Untuk rekod, ketika langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menggunakan dana KWAN bagi tujuan menangani pandemik Covid-19, pemimpin pembangkang antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan termasuk Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok