Penggunaan Paxlovid rawat pesakit Covid-19 diperluas, kata Khairy

May 17, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan lagi penggunaan ubat antiviral merawat Covid-19, Paxlovid keluaran Pfizer, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya KKM akan menghantar ubat berkenaan kepada pusat perubatan, klinik swasta serta hospital pengajar dalam masa terdekat, bagi membolehkan penggunaan Paxlovid dapat diperluaskan selain penggunaannya di hospital awam ketika ini.

Beliau berkata, sejak semalam, pihaknya sudah memberikan Paxlovid kepada seramai 405 pesakit Covid-19 dan sudah mengarahkan untuk penggunaannya ditingkatkan.

“Sebelum ini kita hanya memberi Paxlovid kepada mereka yang berisiko tinggi namun kini kumpulan yang akan diberikan diperluaskan.

“Kita juga berikan kepada Klinik Kesihatan (KK),” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM)di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, hari ini.

Khairy berkata Paxlovid perlu sekurang-kurangnya lima hari selepas gejala Covid-19 muncul bagi mengelakkan daripada pesakit perlu dirawat di hospital.

Sebelum ini, media melaporkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid untuk pesakit Covid-19 yang dimulakan sejak 15 April lalu, menyaksikan 173 pesakit yang diberikan rawatan berkenaan sembuh sepenuhnya serta tidak mengalami sebarang kesan sampingan.

Khairy dilaporkan berkata, rawatan menggunakan ubat berkenaan ke atas 173 pesakit terbabit dilaksanakan sehingga 9 Mei lalu.

Sementara itu, Khairy berkata, terdapat sedikit peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas perayaan Aidilfitri kira-kira dua minggu lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, secara keseluruhan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara hari ini sudah turun ke 1.04 manakala kadar kematian juga pada satu angka.

“Walaupun kemasukan ada peningkatan tetapi 55 peratus kemasukan adalah dalam Kategori 1 dan 2 terutama langkah berjaga-jaga bagi warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

“Saya melihat dari segi jangkitan walaupun ada sedikit peningkatan ia sesuatu yang sudah dijangkakan kerana lebih banyak majlis dan lebih banyak pergerakan manusia menyebabkan kemungkinan kes akan meningkat.

“Dari segi keseriusan, kes tidak mengalami peningkatan mendadak termasuk kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

 

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok