Penggunaan katil ICU pesakit Covid-19 cecah 81 peratus

September 16, 2021 · Isu semasa

Katil di unit rawatan rapi (ICU) yang digunakan bagi merawati pesakit Covid-19 kini mencecah 81 peratus seluruh negara dengan dengan sebanyak 1,579 katil sudah digunakan setakat semalam.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata lapan negeri merekodkan kapasiti penggunaan katil ICU melebihi 85 peratus, dengan satu negeri merekodkan penggunaan lebih 100 peratus.

“Daripada jumlah itu, Kedah merekodkan penggunaan katil ICU bagi pesakit Covid-19 pada kadar 105 peratus, disusuli Kuala Lumpur (98 peratus), Kelantan (94 peratus) dan Pulau Pinang (92 peratus).

“Selain itu, Terengganu (90 peratus), Selangor (89 peratus), Perak (88 peratus), dan Sarawak (86 peratus),” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Data dikongsi Dr Noor Hisham turut menunjukkan Sabah dan Johor turut merekodkan penggunaan katil ICU yang tinggi dengan masing-masing pada kapasiti 78 peratus.

Selain itu, empat negeri merekodkan kapasiti katil ICU bagi pesakit Covid-19 berada di bawah 50 peratus, iaitu Putrajaya (43 peratus), Perlis (36 peratus) dan Negeri Sembilan (26 peratus), selain Labuan yang tiada kes Covid-19 di ICU.

Bagi penggunaan katil bukan ICU membabitkan pesakit Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan, penggunaan katil ICU di seluruh negara ketika ini adalah 71 peratus atau 17,155 pesakit.

Daripada jumlah itu, katanya, penggunaan katil bukan ICU di tiga negeri melebihi 80 peratus, dan tiga negeri melebihi 90 peratus.

“Kelantan merekodkan penggunaan katil bukan ICU tertinggi bagi pesakit Covid-19 dengan 97 peratus, disusuli Johor (95 peratus), Pulau Pinang (93 peratus), Perak (82 peratus), Sarawak (88 peratus) dan Sabah (84 peratus).

“Lapan lagi negeri merekodkan kadar penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Perlis (77 peratus), Pahang (75 peratus), Putrajaya (71 peratus), Terengganu (69 peratus), Kedah (67 peratus), Kuala Lumpur (54 peratus), Melaka (53 peratus) dan Selangor (51 peratus).

“Hanya dua negeri dan wilayah yang merekodkan penggunaan katil bukan ICU bawah 50 peratus bagi pesakit Covid-19, iaitu Negeri Sembilan (30 peratus) dan Labuan (11 peratus),” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok