Pengguna vape berisiko dapat Evali, kos rawatan tinggi, kata KJ

October 20, 2022 · Isu semasa

Pengguna rokok elektronik atau vape berisiko menghidap penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury” (Evali) yang boleh menyebabkan kecacatan kekal pada pernafasan hingga membawa kematian.

Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin berkata, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan terdapat kira-kira 1.1 juta pengguna vape di Malaysia dan jumlah itu semakin bertambah.

“Walaupun Evali hanya bertumpu pada sistem pernafasan, penggunaan vape boleh menyebabkan gejala-gejala selain gejala pernafasan seperti kebas anggota badan, berdebar-debar dan halusinasi.

“Keadaan ini sangat berisiko dan dapat meningkatkan kadar morbiditi dan kematian. Malah, anggaran kos merawat seorang pesakit Evali yang dimasukkan ke hospital selama empat hari adalah RM50,297.37,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran “Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Evali”, lapor FMT.

Sehingga kini, katanya, terdapat dua kes direkodkan di Malaysia pada 2019 manakala lapan kes pada 2021 selepas dikenal pasti melalui kajian Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Khairy berkata, bermula Jun hingga September lalu iaitu selepas arahan notifikasi dikeluarkan, empat kes disyaki Evali dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan yang kini dalam siasatan lanjut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Jawatan Presiden UMNO: KJ mahu Ismail Sabri cabar Zahid
November 15, 2022· Politik
UMNO dah sesat dan perlu kembali ke pangkal jalan: Khairy
November 12, 2022· Politik
PRU-15 : KJ pelik rakan PKR tak isytihar harta pun
November 11, 2022· Politik
Selepas teruk dibalun kawan Pak Sheikh, Zahid kata Khairy yang pilih Sungai Buloh
November 10, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok