Pengguna rugi RM239,530 beli emas dalam talian

April 8, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 37 kes penipuan jualan barang kemas secara dalam talian membabitkan kerugian kira-kira RM239,530 dilaporkan kepada polis dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kes penipuan barangan kemas itu dalam tempoh adalah satu peningkatan dan antara yang paling tinggi dicatatkan sejak dua tahun lepas.

Menurutnya, sepanjang 2019, sebanyak 21 kes dilapor membabitkan kerugian berjumlah RM148,444 dan jumlah kes itu meningkat pada tahun berikutnya (2020) dengan 44 kes melibatkan kerugian RM261,954.

“Seiring perkembangan teknologi dan komunikasi semasa telah mewujudkan peluang perniagaan secara dalam talian berikutan kemudahan akses tanpa had khususnya semasa negara berdepan wabak Covid-19.

“Justeru, ia menjadikan platform berkenaan sebagai pilihan pengguna namun pada masa sama mewujudkan kegiatan jenayah penipuan penjualan barangan tidak wujud.

“Orang awam diminta supaya tidak percaya dengan sebarang tawaran jualan barang kemas murah daripada harga pasaran semasa terutama apabila tawaran dibuat pihak yang tidak dapat dipastikan kesahihannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainuddin, mereka perlu membuat semakan ketulenan transaksi dan memastikan urusan pembelian dijalankan melalui perjanjian dan kaedah diperakui supaya tidak mudah menjadi mangsa.

Orang ramai juga boleh membuat semakan pengesahan akaun dan talian telefon melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti sama ada akaun terbabit pernah terlibat dalam kes penipuan atau tidak sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku, kata saksi dalam kes Altantuya
May 18, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
6 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
6 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
6 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
6 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok