Pengguna mesti diberi pilihan guna RFID, TnG atau SmartTAG: Kabinet

January 20, 2022 · Isu semasa

Kabinet mengarahkan semua pihak yang terlibat dalam mengenakan tol lebuh raya memastikan pengguna diberi pilihan sama ada mahu menggunakan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch ‘n Go (TnG) atau SmartTAG.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Kabinet semalam berpendapat pengguna mesti diberi pilihan seperti ketika TnG diperkenalkan pada peringkat awal dengan pembayaran secara tunai masih diteruskan.

“Pengguna jalan raya mesti diberi pilihan untuk pembayaran tol sama ada mahu menggunakan sistem RFID, Touch ‘n Go atau SmartTAG,” katanya selepas melancarkan program Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di Putrajaya, malam tadi.

Beliau mengakui kebaikan pengenalan RFID bagi mempercepatkan pergerakan namun berpendapat pengguna juga mesti diberi pilihan kerana pelaksanaan sistem itu adalah projek rintis dan akan mengambil masa untuk disesuaikan.

Terserah kepada pengguna untuk membuat pilihan dan kalau RFID memudahkan perjalanan mereka, pengguna lebuh raya boleh berhijrah kepada sistem RFID, katanya lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata pemegang konsesi lebuh raya perlu mengekalkan lorong untuk pengguna TnG dan SmartTAG.

“Jangan semua RFID lah. Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong untuk RFID and selebihnya masih lagi untuk TnG dan SmartTAG. Kita tidak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Ditanya sama ada pemegang konsesi lebuh raya telah dimaklumkan mengenai keputusan Kabinet itu, Ismail Sabri berkata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof akan memanggil pemegang konsesi untuk berbincang dan membuat keputusan lanjut.

Ismail Sabri berkata mesyuarat Kabinet itu juga memutuskan apa sahaja perkara melibatkan bayaran oleh rakyat perlu dirujuk kepada Jemaah Menteri.

Media dan netizen melaporkan keadaan di beberapa plaza tol di Lembah Klang terutamanya pada Isnin lepas yang mengalami kesesakan didakwa akibat kegagalan RFID berfungsi.

Transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Jan lepas.

Sistem RFID membolehkan pengguna menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet Touch ‘n Go tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Berita berkaitan
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok