Pengganggur samun bersenjata dilanjut hukuman penjara 12 tahun, sebatan

July 12, 2022 · Isu semasa

Seorang penganggur yang bakal dibebaskan daripada tahanan minggu depan terpaksa berada di penjara lebih lama selepas Mahkamah Rayuan melanjutkan hukuman penjara lelaki itu dari tiga tahun kepada 12 tahun atas empat pertuduhan melakukan samun bersenjata di kedai serbaneka.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga memerintahkan Mohammud Rezwan Zuhaimi, 26, menerima empat kali sebatan, lapor Bernama.

Abdul Karim yang mempengerusikan panel itu mengarahkan Mohammud Rezwan menjalani hukuman penjara dari 17 Nov 2019, iaitu tarikh dia ditahan.

Semasa menyampaikan keputusan itu, Abdul Karim berkata kesalahan yang dilakukan Mohammud Rezwan adalah berat dan jenayah sedemikian sudah berleluasa.

Beliau berkata Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi terkilaf apabila mengenakan hukuman yang lebih ringan sedangkan kesalahan Mohammud Rezwan dilakukan di lokasi dan tarikh berbeza selain melibatkan mangsa berlainan.

Abdul Karim berkata mahkamah juga menggunakan budi bicara dalam mengenakan satu sebatan bagi setiap pertuduhan ke atas Mohammud Rezwan.

Panel hakim itu juga membenarkan rayuan pendakwaan supaya hukuman tiga tahun penjara yang dijatuhkan ke atas Mohammud Rezwan berjalan secara berturut-turut bukannya serentak.

Pada 26 Nov 2019, Mohammud Rezwan mengaku bersalah di Mahkamah Seysen Seremban ke atas empat pertuduhan merompak menggunakan parang di empat kedai serbaneka Seven-Eleven di Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Nov 2019, 9 Nov 2019, 13 Nov 2019 dan 14 Nov 2019.

Dalam pertuduhan pertama dia didakwa merompak Nureirana Muhamad Taufed di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Tuanku Antah Rahang dan melarikan wang tunai RM110 dan rokok bernilai RM336.26 dan dalam pertuduhan kedua dia didakwa merompak Mohamad Naqi Fitri Sahudin di sebuah lagi kedai serbaneka di Jalan Tun Dr Ismail dan melarikan wang tunai RM160, biskut dan rokok bernilai RM216.10.

Dalam pertuduhan ketiga, Mohammud Rezwan didakwa merompak Khairunnisa Azman di kedai serbaneka sama di Jalan Tuanku Antah dan melarikan wang tunai RM150 dan pada pertuduhan keempat, dia didakwa merompak Ahmed Md Foysal di sebuah kedai serbaneka di Jalan Tuanku Munawir dan melarikan wang tunai RM186.45 dan barangan makanan.

Pada 26 Nov 2019, Mohammud Rezwan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen ke atas empat pertuduhan dan dijatuhkan hukuman setahun penjara bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan berjalan serentak yang bermakna dia perlu menjalani hukuman penjara selama setahun sahaja.

Pada 5 Mei tahun lepas berikutan rayuan daripada pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi menambah hukuman penjaranya kepada tiga tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak.

Terdahulu, Timbalan Pendawa Raya Zaki Asyraf Zubir memohon supaya hukuman penjara tiga tahun berjalan secara berturut-turut kerana kesalahan yang dilakukan melibatkan mangsa dan lokasi berbeza serta pada tarikh berlainan.

Bagaimanapun, Peguam Joseph Mathews yang dilantik Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan untuk mewakili Mohammud Rezwan berkata anak guamnya hampir selesai menjalani hukuman penjara dan akan dibebaskan daripada tahanan minggu hadapan dan memohon mahkamah supaya tidak meminda keputusan mahkamah yang lebih rendah.

Berita berkaitan
Perbicaraan rayuan kes solar Rosmah dijadual semula pada Julai depan
January 6, 2023· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan injunksi Mareva
December 6, 2022· Isu semasa
Mahkamah tolak rayuan, Lokman Adam kekal dipenjara sebulan
October 26, 2022· Isu semasa
Mahkamah Rayuan tetapkan 23 Nov keputusan cabar larangan merokok
September 8, 2022· Isu semasa
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok