Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?

January 25, 2023 · Isu semasa

Portal pro-DAP cuba memutar-belit isu berhubung peroleh vaksin yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini kononnya songlap RM10 bilion.

Fakta yang dikemukakan juga tidak tepat dengan memainkan isu kononnya RM10 bilion disonglap walhal peruntukan siling yang diluluskan hanyalah RM5 bilion sahaja, jadi celah mana RM10 bilion hilang pula?

Malah, portal pro-DAP juga terlupa Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong kah Woh adalah wakil DAP yang dilantik untuk menyemak dan menjalankan tanggungjawab dalam meneliti setiap aspek peroleh vaksin Covid-19 oleh kerajaan sebelum ini.

“Spin yang terbaharu ialah kononnya kerajaan PN (Perikatan Nasional) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah songlap duit perolehan vaksin sebanyak RM10 bilion semasa tempoh darurat. 

“Saya terkejut kerana saya tahu peruntukan siling yang diluluskan oleh kerajaan (kemudiannya oleh Parlimen) untuk perolehan vaksin menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) hanyalah RM5 bilion sahaja. 

“Macamana kerajaan boleh songlap RM10 bilion kalau peruntukannya hanya RM5 bilion? Ini tak masuk akal.

“Kalau spin atau putar belit ini tak dirungkai, ramai yang akan terpengaruh dengan perkara yang tak betul,” kata mantan Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad dalam satu kenyataan di Facebook.

Marzuki mengulas mengenai dakwaan dua portal pro-DAP, Finance Twitter dan The Coverage yang kelihatan pro-DAP dan anti PN baru-baru ini.

Marzuki juga menjelaskan sehingga 21 Julai 2021, iaitu tarikh darurat 2021 berakhir, kerajaan telah membuat pesanan bekalan vaksin yang mencukupi untuk 120 peratus penduduk (rujuk muka surat 32 Laporan PAC).

Bagi tempoh tersebut, sebanyak RM1.027 bilion daripada peruntukan siling RM5 bilion telah dibelanjakan (rujuk muka surat 35 Laporan PAC).

“Ini faktanya. Jadi, dari mana portal Finance Twitter dan The Coverage yang pro-DAP dapat angka RM10 bilion tu?” soalnya lagi.

Untuk rekod, Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021.

Jelasnya lagi, pesanan bekalan 120 peratus sebelum ini adalah atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Adakah perolehan vaksin yang mencukupi untuk 120 peratus penduduk ini suatu pembaziran? Jawapannya bukan membazir.

“Kenapa? Kerana Tan Sri Muhyiddin atas nasihat KKM pada masa itu tahu bahawa rakyat memerlukan ‘booster shot’ atau dos penggalak. Jadi kerajaan perlu sediakan vaksin bukan untuk 100 peratus penduduk, tetapi lebih daripada itu,” ujarnya lagi.

Berhubung perolehan bekalan vaksin, Marzuki juga berkata laporan PAC yang disediakan oleh wakil DAP itu sendiri mengesahkan semua proses berjalan secara teratur dan dibeli dengan munasabah.

“Apa rumusan PAC mengenai perolehan vaksin semasa tempoh darurat?

“Secara ringkasnya PAC merumuskan bahawa urusan perolehan vaksin telah dilaksanakan secara teratur mengikut tatacara kewangan yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. 

“PAC juga berpuas hati dengan harga perolehan vaksin daripada pelbagai portfolio oleh Kerajaan yang didapati adalah munasabah. PAC juga mengakui proses perolehan vaksin bertambah proaktif dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) pada bulan Oktober 2020. 

“Selain itu, PAC juga berpandangan penggunaan dana KWAN bagi tujuan perolehan vaksin adalah selaras dengan objektif penubuhan KWAN tertakluk kepada perbelanjaan yang berhemah. PAC juga membuat beberapa pemerhatian lain untuk tujuan penambahbaikan (sila rujuk mukasurat 68-71 Laporan PAC),” katanya lagi.

Menurut Marzuki lagi, putar beli media pro-DAP akan berterusan kerana mereka kini sudah menjadi rakan strategik kepada UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Media pro-DAP akan terus melakukan spin terhadap PN. Ini kerana apabila BN telah berkawan dengan PH, maka PN menjadi pencabar tunggal yang utama kepada DAP,” katanya lagi.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
45 minit lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
1 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
4 jam lalu · Isu semasa
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
8 jam lalu · Isu semasa
184 kes baharu, dua kematian
8 jam lalu · Isu semasa
Jumlah mangsa banjir lima negeri hingga tengah malam tadi turun
15 jam lalu · Isu semasa
Kes Ebit Lew: Saksi beritahu polis rampas telefon Firdaus Wong
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok