Pengerusi MAHB gesa pertahankan LTSAAS daripada diswastakan

June 25, 2021 · Isu semasa

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) perlu dipertahankan dan tidak dibiarkan diambil alih oleh pihak tertentu, gesa Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Gesaan itu dibuat Zambry selepas terdapat ura-ura Putrajaya mungkin menimbang untuk menswastakan dan mengeluarkan (carve-out) LTSAAS daripda rangkaian MAHB.

“Sekali lagi saya telah menyampaikan pandangan dan pendirian saya kepada pemegang tampuk kuasa mengenai kedudukan LTSAAS,” katanya dalam satu kenyataan lapor Bernama.

Zambry menekankan bahawa pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan oleh MAHB merupakan sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara iaitu Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030.

“Ini merupakan kenyataan saya kali ketiga yang membantah langkah penjualan LTSAAS.

“’Justeru tidak timbul perkara yang dimainkan oleh kalangan tertentu bahawa saya tidak pernah bersama dengan Malaysia Airports dan Kesatuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Semenanjung, Sabah & Labuan serta Sarawak (KESMA, KEPEMAB dan KEPMAS) dalam usaha menyelamatkan LTSAAS dan kedudukan syarikat secara keseluruhan.

“’Saya menghormati pendirian KESMA, KEPEMAB dan KEPMAS kerana mereka mewakili suara warga Malaysia Airports,” tambah Zambry.

Pelan strategik dan komprehensif MAHB bagi pembangunan semula LTSAAS bertujuan mengembangkan ekosistem lapangan terbang itu, menggandakan jumlah pengendali global dan tempatan melebihi 100 untuk mewujudkan dan menyokong 19,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Kerjasama terbarunya dengan Teknopark Istanbul yang diumumkan pada Rabu bermatlamat membawa kepimpinan inovasi dan teknologi ke Subang Aerotech Park.

Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan pengendali lapangan terbang dalam memenuhi aspirasi LTSAAS untuk menjadi hab penerbangan aeroangkasa dan perniagaan di Asia-Pasifik.

Berita berkaitan
Kerajaan PH-BN minta rakyat derma bangunkan lapangan terbang?
February 9, 2023· Isu semasa
PRU-15: Majikan tak boleh potong gaji pekerja keluar mengundi
November 10, 2022· Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
August 14, 2022· Isu semasa
Stok penimbal ubat kerajaan mula diagih kepada klinik swasta
July 22, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok