Pengenalan cukai vape antara tumpuan dalam pembentangan Bajet 2023

February 22, 2023 · Isu semasa

Pencukaian ke atas produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai meneliti isu perundangan berkaitan bahan itu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong.

Pengenalan cukai ke atas produk vape mungkin akan diumumkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan nanti.

“KKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023).

“Jika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh dicukaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, lapor Bernama.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai vape bagi menambah sumber pendapatan negara.

Menjawab soalan asal Wan Saifulruddin mengenai anggaran kerugian hasil cukai akibat penyeludupan produk tembakau rokok dan produk beralkohol, Sim berkata berdasarkan pengiraan rampasan, kerugian dianggarkan RM353 juta pada 2021 dan RM364 juta (2022).

“Namun mengikut perkiraan industri dan melalui laporan-laporan yang telah dikemukakan kepada kerajaan, sudah tentu lebih besar lagi dan berkemungkinan mencecah sehingga RM5 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata kerajaan komited dalam mempertingkatkan lagi usaha membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras bagi mengekang ketirisan hasil dan menyelesai atau menumpaskan sindiket-sindiket jenayah tersebut.

Menurutnya, pelbagai kaedah kawalan dan penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi menangani isu tersebut antaranya mengehadkan aktiviti transhipment (pemindahan kapal) rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja, membenarkan penggunaan kontena yang berstandard ISO sahaja dan melarang penggunaan bot-bot kecil termasuk bot jenis kumpit.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
MP Gua Musang pula sokong Anwar, demi kebajikan rakyat terbela
November 8, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok