Pengemudi bot kantoi khayal dadah depan Sultan Ibrahim

October 8, 2021 · Isu semasa

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa murka atas kejadian pengemudi bot yang membawa bot secara berbahaya di bawah pengaruh dadah berdekatan Pulau Rawa, Mersing, pagi semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Johor yang mengakui melihat sendiri kejadian itu, berasa kesal dengan kejadian itu.

“Saya rasa kesal dengan kejadian yang berlaku betul-betul di depan mata saya. Saya lihat mereka bawa bot penumpang dengan laju dan berbahaya dekat jeti Pulau Rawa. Saya arahkan pihak polis menahan bot tersebut yang di dalamnya ada membawa satu keluarga dengan anak-anak kecil untuk aktiviti keliling pulau,” titah baginda lapor Bernama.

Justeru, Sultan Ibrahim mengarahkan agar semua agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan rondaan dan mengambil tindakan tegas.

“Setelah pihak polis buat penahanan dan siasatan lanjut, jelaslah tindakan mereka memandu bot dengan tidak tentu arah kerana kesan pengaruh dadah.

“Ambillah tindakan tegas termasuk membatalkan lesen pemandu dan rampas bot yang tidak mengikut peraturan. Perkara seperti ini sangat memalukan industri pelancongan negeri Johor. Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah baginda.

Semalam, polis menahan dua lelaki yang merupakan tekong dan awak-awak bot pelancong berkenaan selepas didapati membawa bot secara berbahaya bersama lima yang lain di perairan Mersing, dekat pulau berkenaan.

Hasil saringan pihak polis, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 26 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Berita berkaitan
Satu keluarga ditahan bersama dadah bernilai RM694,412
August 8, 2022· Isu semasa
Penganggur mengaku tidak bersalah miliki dadah di lokap mahkamah
August 5, 2022· Uncategorized
Pemandu peribadi terlepas tali gantung
July 27, 2022· Isu semasa
Anggota polis Perak dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah
July 22, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
9 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok