Pengeluar jam nafi dakwaan jam dirampas ada tulisan LGBT

May 30, 2023 · Isu semasa

Dakwaan pihak berkuasa kononnya terdapat tulisan LGBTQ, yang merujuk kepada lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer pada jam dinafikan pengeluar jam, Swatch Malaysia.

Swatch Malaysia dalam satu kenyataan itu menjelaskan tiada tulisan LGBTQ terdapat pada jam dirampas baru-baru ini.

“Berkaitan dengan berita yang baru diterbitkan yang menyatakan bahawa semua jam tangan Swatch yang dirampas mempunyai perkataan LGBT, Swatch Malaysia tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Jam tangan yang berkaitan adalah daripada koleksi tahun ini dan tidak mempunyai perkataan LGBT di dial, tali atau case.

“Satu-satunya jam tangan yang dirampas dengan perkataan LGBT adalah daripada koleksi tahun lepas,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata huruf “LGBTQ” jelas tertera di atas permukaan jarum jam tangan Swatch yang dirampas oleh kementeriannya awal bulan ini.

Katanya serupa turut tidak dijual di negara Islam seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) susulan sensitiviti agama.

Penafian Swatch hari ini adalah yang kedua selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch Nick Hayek berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempertahankan rampasan itu, “tersalah maklumat”.

Serbuan terhadap kedai Swatch kerana mempamerkan koleksi jam warna-warni Pride dibuat di seluruh negara pada 13 Mei dan 14 Mei lalu.

Warna-warni pelangi melambangkan pergerakan LGBT, yang juga dirujuk sebagai LGBTQ,yang menyokong hak golongan itu.

Berita berkaitan
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
11 jam lalu· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
19 jam lalu· Isu semasa
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023· Politik
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
11 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
11 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
18 jam lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok