Pengeluar didakwa kurangkan kuantiti telur harga kawalan

October 24, 2022 · Isu semasa

Pengeluar telur didakwa mengurangkan kuantiti telur harga kawalan demi mengaut keuntungan berlebihan yang menyebabkan bekalan sumber protein itu kurang di pasaran tempatan.

Penganalisis TA Securities, Ong Tze Hern berkata telur ayam diperkaya dengan makanan tambahan lebih menguntungkan pengeluar.

“Ini mungkin disebabkan oleh pengeluar mengurangkan pengeluaran telur harga kawalan yang kurang menguntungkan, sebaliknya meningkatkan pengeluaran telur berjenama diperkaya dengan makanan tambahan yang lebih menguntungkan.

“Walaupun harga komoditi kembali stabil, penyusutan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) terus meningkatkan kos makanan ternakan yang biasanya membentuk 80 peratus daripada jumlah kos untuk penternak ayam,” katanya lapor Berita Harian.

Sejak kebelakangan ini banyak rungutan pengguna di media sosial berhubung ketiadaan bekalan telur di pasaran.

Tze Hern berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika ini menetapkan harga siling untuk tiga gred telur masing-masing pada 41 sen (gred A), 39 sen (gred B) dan 37 sen (gred C).

Katanya, subsidi terkini untuk telur ayam harga kawalan adalah lapan sen sebiji telur berkuat kuasa 12 Oktober lalu berbanding tiga sen sebiji telur sebelum ini.

Tambahnya, kos bagi setiap telur dianggarkan meningkat kepada 45 sen hingga 50 sen dan keadaan ini diburukkan lagi dengan kelewatan penerimaan pengagihan subsidi oleh kerajaan.

“Tidak mengejutkan pengeluar yang ada masalah tunai ini akan kurangkan pengeluaran telur harga kawalan yang kurang menguntungkan.

“Sebaliknya mereka meningkatkan pengeluaran telur berjenama yang lebih menguntungkan yangdiperkaya dengan makanan tambahan seperti Omega-3,” katanya.

Berita berkaitan
Gula pasir tidak dikawal harga dijual hari ini, kata menteri
May 25, 2023· Isu semasa
Telur masih kurang: Gerakan
April 6, 2023· Isu semasa
Kerana telur ayam, MP DAP serang MP BN yang kritik kerajaan Anwar
February 15, 2023· Isu semasa
Telur ayam: Presiden MCA kritik lawatan Mat Sabu ke India, perlu ke?
January 10, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok