Pengecualian SST kenderaan mungkin dilanjut lagi, kali keempat

June 14, 2022 · Isu semasa

Kerajaan dijangka akan melanjutkan lagi insentif cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi kenderaan selepas ianya tamat pada 30 Jun ini, sekali gus bakal membantu sektor automotif negara pulih semula selepas pandemik Covid-19.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam satu kenyataan berkata lanjutan insentif itu dijangka dibuat susulan keadaan semasa sekarang ini, termasuk gangguan rantaian bekalan, tukaran asing (forex) dan tekanan pengguna.

Maybank IB berkata industri automotif terus terjejas oleh gangguan rantaian bekalan global iaitu membabitkan kekurangan bekalan cip.

Itu, ditambah dengan peningkatan kos bahan dan impak forex, telah menyebabkan kelewatan yang panjang kepada penghantaran kenderaan baharu, tambahnya.

“Dengan tinggal kurang daripada sebulan (sebelum pengecualian tamat), kebanyakan pengeluar peralatan asal kereta sedang bergelut untuk memenuhi pesanan tertunggak mereka.

“Walaupun bakal pengguna, terutamanya daripada pasaran yang sensitif harga, telah mengambil kesempatan daripada SST sebelum tamat pada Jun, hasil bukan lanjutan boleh menyaksikan pembatalan besar-besaran pesanan, mulai Julai, dengan jumlah volum industri separuh kedua (2H) dijangka lemah,” katanya.

NST memetik kenyataan Maybank IB sebagai berkata keputusan lanjutan akan terbukti menjadi pilihan yang popular dan berhemat untuk memerangi isu makro dan sentimen dalam sektor automotif ini, bagi meredakan kekecewaan pengguna dengan tidak penghantaran sebelum akhir Jun 2022.

‚ÄúPelbagai pihak khususnya Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menjadi penyokong kuat dalam isu ini. Satu lagi lanjutan – yang keempat – mewakili pengecualian SST selama 24 bulan, yang bermula pada Jun 2020,” tambahnya.

Terdahulu, MAA menjangkakan harga kereta akan meningkat sehingga 10 peratus jika kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian SST yang akan berakhir hujung bulan ini.

Inisiatif pengecualian cukai kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna dan kenderaan utiliti sukan jenis CKD dan CBU diperkenalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020, dan berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Ia merangkumi pengecualian cukai jualan 100 peratus bagi model CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Pada 29 Disember 2020, kerajaan mengumumkan lanjutan pengecualian cukai itu untuk tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2021, sebelum melanjutkannya sehingga 31 Disember tahun sama.

Bagaimanapun, sebelum tempoh insentif itu berakhir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kerajaan memutuskan melanjutkan pengecualian cukai sehingga 30 Jun ini untuk mengurangkan kos memiliki kenderaan, selain meringankan beban rakyat.

Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata peningkatan harga kereta bermula bulan depan tidak dapat dielakkan memandangkan insentif yang diberikan kerajaan bagi membolehkan rakyat menikmati harga lebih rendah, akan tamat.

Beliau berkata insentif yang mula dinikmati sejak Jun 2020 itu bukan hanya membantu rakyat memiliki kereta pada harga lebih rendah, malah membantu melonjakkan permintaan, sekali gus menyokong industri automotif yang bergelut sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022· Isu semasa
Zahid bidas Rafizi selepas sindir UMNO akan cadang Lembaga Kambing pula
June 26, 2022· Politik
PM nafi kerajaan buat pusingan U tidak apung harga ayam
June 25, 2022· Isu semasa
Hasil laporan siasatan kartel ayam dibentang pada Isnin
June 23, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
5 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
28 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
35 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
46 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
54 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok