Pengawal keselamatan didenda RM21,000 buat hantaran jelik terhadap Sultan Johor

September 7, 2022 · Isu semasa

Seorang pengawal keselamatan didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana membuat dan menghantar komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hairol Ahmad, 41, selepas dia mengaku bersalah terhadap ketiga-ketiga pertuduhan, lapor Bernama.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut ketiga-ketiga pertuduhan, Mohd Hairol didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Mohammad Khairolmanshur’ antara 10.51 pagi dan 11.01 pagi, 24 Ogos lepas.

Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Menara KPJ di sini, kira-kira 6.13 petang pada hari sama.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Terdahulu, Mohd Hairol yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadapnya kerana telah menyesali perbuatannya itu.

“Puan Arif tolong maafkan saya, saya bertindak ikut emosi dan bodoh semasa berada di rumah hingga memuat naik status jelik tanpa sedar kesan serta betapa serius kesalahan ini.

“Saya merupakan penanggung utama keluarga dan saya sendiri akan membawa emak saya ke hospital untuk menjalani pembedahan hempedu pada Jumaat ini,” katanya yang menangis teresak-esak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling mencadangkan hukuman pemenjaraan dan denda yang berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius selain ia sebagai iktibar kepada masyarakat.

Berita berkaitan
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
2 jam lalu· Isu semasa
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
19 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas kepada bekas MB Johor didakwa palsukan slip gaji
September 27, 2022· Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
September 26, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
3 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
4 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok