Pengarang buku 1MDB dakwa Jho Low dalam tahanan rumah di Shanghai

May 31, 2023 · Isu semasa

Pengarang bersama buku terlaris mengenai skandal 1MDB, Bradley Hope mendakwa ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan dan pelarian, Low Taek Jho atau Jho Low kini sedang menjalani tahanan rumah di Shanghai.

Beliau sekali gus menolak andaian dalang skandal 1MDB itu berada di Macau seperti yang didakwa.

“Jho Low banyak berada di Macau dari 2015-2018 serta di Hong Kong, Shenzhen dan Thailand tetapi selepas kekalahan (bekas perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) pada pilihan raya (tahun lalu), pergerakannya lebih terhad di tanah besar.

“Kami di @WhaleHunting percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai,”kata Hope, lapor Malaysiakini.

Dia mendakwa China telah menahan Low susulan rundingan dengan Malaysia.

“Ini juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintip (Sun Lijun) telah ditangkap dan rakan niaga di CCCC digulingkan.

“Dia berubah daripada aset risikan menjadi liabiliti selepas Najib diundi keluar,” katanya.

Hope membuat ciapan di Twitter ketika mengulas laporan yang menyebut SPRM ‘percaya’ ahli perniagaan yang dikehendaki Malaysia itu sedang bersembunyi di Macau.

Semalam Al Jazeera melaporkan SPRM percaya Low ‘bersembunyi’ di Macau.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
22 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
22 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok