Pengarah bebas dan bukan eksekutif Sapura Energy letak jawatan

May 7, 2022 · Isu semasa

Sapura Energy Bhd (SEB) hari ini mengumumkan bahawa Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah meletak jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif syarikat itu berkuat kuasa esok.

SEB dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu tokoh korporat berusia 73 tahun itu meletak jawatan untuk mengejar kepentingan lain, lapor Bernama.

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu menambah beliau juga akan berhenti menjadi pengerusi jawatankuasa pencalonan serta imbuhannya pada 7 Mei.

Baru-baru ini, SEB telah melantik Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi baharu, berkuat kuasa 7 Mei 2022 bagi menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, yang akan bersara pada tarikh yang sama, apabila mencapai usia 70 tahun.

Permodalan Nasional Bhd, pemegang saham terbesarnya dengan 12.16 kepentingan ekuiti berkata ia menantikan kepimpinan Mohammad Azlan dalam mengemudi SEB melalui proses penstrukturan semula dan pemulihan syarikat.

SEB melaporkan kerugian bersih sebanyak RM8.90 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2022 berbanding kerugian bersih berjumlah RM160.87 juta pada tahun sebelumnya.

Pada tahun kewangan 2022, firma berkenaan telah membuat peruntukan untuk rosot nilai muhibah atas penyatuan sebanyak RM3.29 bilion serta peruntukan rosot nilai ke atas hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM2.32 bilion.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Agus sahkan hantar surat letak jawatan bos J-KOM
November 17, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok