Penganjur majlis ‘100 Hari’ kena kompaun, Khairy tegur kerajaan

December 10, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan kompaun maksimum RM1,000 kepada penganjur majlis sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pada masa sama, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan sebagai sebuah kerajaan, seharusnya menunjukkan teladan serta amalan terbaik kepada seluruh masyarakat.

“Kita mestilah berpegang kepada standard yang sama seperti yang telah dikenakan ke atas rakyat,” katanya yang menjelaskan kompaun itu dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).

Menurutnya, KKM mengambil maklum penganjuran majlis 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung dari 9 hingga 12 Disember 2012 di KLCC.

“Penganjur majlis yang sepatutnya mempamerkan pencapaian 100 hari kerajaan serta semua kementerian dan agensi terlibat, telah dicemari dengan kegagalan penganjur memastikan kepatuhan kepada SOP dan kegagalan pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy mengingatkan penganjuran majlis rasmi kerajaan seperti itu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik dan menjadi teladan serta penanda aras kepada agensi lain termasuk bukan kerajaan dan orang ramai, dari aspek pematuhan SOP.

Menurutnya situasi kesesakan, tiada penjarakan fizikal dan tiada kawalan jumlah pengunjung yang hadir memberi risiko berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

“Kejadian yang berlaku amat dikesali dan mengecewakan apabila pihak penganjur sebelum ini telah menyatakan komitmen untuk memastikan program tersebut akan dianjurkan dengan pematuhan SOP yang ketat di samping aktiviti pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan yang berterusan.

“Sehubungan itu satu kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342) bernilai RM1,000 telah dikeluarkan kepada pihak penganjur bagi kesalahan gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan,” katanya.

Khairy menjelaskan nilai maksimum kompaun RM1,000 itu berdasarkan pengungkaian Ordinan-Ordinan Darurat di Dewan Negara pada 8 Disember 2021.

Pada masa sama, beliau berkata, kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang disediakan di KLCC ditutup serta-merta hari ini.

“KKM akan terus memantau perjalanan program ini dan tidak akan teragak-agak mengeluarkan lagi kompaun kepada pihak penganjur sekiranya gagal memastikan pematuhan SOP.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita seharusnya menunjukkan teladan serta amalan terbaik kepada seluruh masyarakat. Kita mestilah berpegang kepada standard yang sama seperti yang telah dikenakan ke atas rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok