Pengangguran pada September terus turun

November 9, 2021 · Isu semasa

Negara mencatatkan penurunan dalam kadar pengangguran sebanyak 4.5 peratus membabitkan 729,600 orang pada September lepas berbanding bulan sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata kedudukan tenaga buruh bertambah baik apabila bilangan tenaga kerja buruh terus meningkat manakala pengangguran menunjukkan trend menurun.

“Peralihan lebih banyak negeri ke fasa berikutnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) membolehkan lebih banyak aktiviti perniagaan beroperasi semula dengan waktu operasi perniagaan dilanjutkan.

“Selain itu, kebenaran perjalanan rentas negeri di kawasan Lembah Klang ditambah dengan pembukaan semula industri pelancongan domestik di Terengganu dan Pulau Langkawi, Kedah juga menggalakkan lebih banyak aktiviti ekonomi pada bulan dikaji,” katanya lapor Bernama.

Data tersebut dikeluarkan dalam laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia hari ini.

Menurut beliau kesemua situasi positif itu telah mendorong pasaran buruh untuk kembali kukuh dan mendapatkan semula momentumnya.

Mohd Uzir berkata mengikut sektor ekonomi, pekerja dalam sektor perkhidmatan terus mencatatkan peningkatan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi.

Tenaga kerja dalam sektor pembuatan dan pembinaan juga mencatatkan perubahan positif manakala sektor pertanian, perlombongan dan kuari kekal menurun.

Mengulas lanjut mengenai situasi pengangguran pada September, Mohd Uzir berkata penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 83.7 peratus daripada jumlah penganggur dan kumpulan ini menurun sebanyak 2.6 peratus kepada 611,000 orang berbanding 627,500 orang pada Ogos.

“Aktiviti ekonomi dinamik yang berterusan akan mempercepatkan proses pemulihan perniagaan dan seterusnya dikaitkan dengan peningkatan dalam permintaan buruh yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Ekonomi negara dijangka akan meningkat pada bulan-bulan akan datang yang digambarkan oleh Prestasi Indeks Pelopor yang lebih baik,” katanya.

Menurut Mohd Uzir antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pengangguran ialah Putrajaya dengan 1.0 peratus, diikuti Melaka (3.0 peratus), Selangor (3.6 peratus), Negeri Sembilan (3.7 peratus) dan Pulau Pinang (3.7 peratus).

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat sembilan negeri yang mencatatkan peningkatan dalam Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB), yang menunjukkan lebih banyak penyertaan buruh dalam ekonomi.

KPTB tertinggi dicatatkan oleh Selangor (74.7%), Kuala Lumpur (73.6%), Pulau Pinang (70.7%), Putrajaya (70.2%) dan Sarawak (69.7%).

Berita berkaitan
Mampukah Anwar teruskan legasi ekonomi seperti Muhyiddin?
February 21, 2023· Rencana
BNM sukar elak kenaikan OPR kata penganalisis
October 25, 2022· Isu semasa
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
October 2, 2022· Isu semasa
50 juta terperangkap dalam buruh, perkahwinan paksa: Lapor PBB
September 13, 2022· Dunia
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok