Pengangguran dalam kalangan belia turun 5.3 peratus: PM

July 16, 2022 · Isu semasa

Kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berusia 15 hingga 40 tahun di seluruh negara menunjukkan penurunan kepada 5.3 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9 peratus dalam tempoh sama tahun lepas, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata peratusan itu menunjukkan bilangan penganggur pada suku pertama tahun ini adalah seramai 585,000 orang, menurun berbanding 627,000 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Jumlah ini dijangka terus menurun sekiranya kita mengambil tahu dan mengambil peduli pelbagai inisiatif serta program yang tersedia untuk belia,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dan Presiden Majlis Belia Malaysia Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Bertemakan ‘Ini Masa Kita’, sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan yang diadakan selama tiga hari bermula semalam, menyediakan pelbagai acara antaranya sukan bola jaring, badminton, silat, pameran, Karnival Kerjaya Belia dan Forum Ad-Deen.

Ismail Sabri berkata bagi memastikan angka pengganguran belia terus menurun, kerajaan antara lain melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) memberi tumpuan lebih kepada pertanian bandar.

Beliau berkata usaha itu merupakan strategi bagi meningkatkan penglibatan belia dalam sektor agromakanan selain Program Agropreneur Muda.

Perdana Menteri berkata sejumlah 8,000 usahawan muda telah menerima bantuan meliputi geran, pembiayaan, serta kursus jangka masa pendek, khidmat nasihat teknikal dan kewangan.

“Agro makanan dapat memberi pendapatan lumayan kepada pengusahanya jika ia diurus dan diusahakan secara bersungguh-sungguh menggunakan teknologi terkini. Ia dapat menjamin kualiti pengeluaran yang boleh dieksport bagi membantu menambahkan hasil negara.

“Penglibatan belia dalam agromakanan akan diperkasa melalui program Agro Job Fair di MAHA 2022 bulan depan. yang menawarkan 5,000 peluang pekerjaan oleh syarikat yang menyertainya. Saya menyeru graduan berminat serta golongan belia untuk merebut peluang pekerjaan dalam program ini,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
2 jam lalu· Politik
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
August 14, 2022· Politik
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
August 13, 2022· Isu semasa
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dewan Negara lulus empat RUU
55 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
59 minit lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan CEO BNS isu skandal kapal LCS bercanggah, kata PAC
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
6 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok