Penganggur terdengar ‘bisikan’ suruh tikam ibu

July 5, 2022 · Isu semasa

Seorang penganggur bertindak menikam ibu kandungnya yang berusia 63 tahun di rumah mereka di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling di Melaka hari ini selepas mendakwa terdengar ‘bisikan’ bahawa wanita itu menyembah berhala.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata mangsa, Rozizah Md Dom, yang merupakan pesara guru, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian kiri dan kanan lehernya oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur dalam insiden pada kira-kira 3.05 petang, lapor Bernama.

“Siasatan awal mendapati suspek, yang merupakan anak sulung mangsa, terdengar bisikan yang menyuruhnya menikam warga emas itu yang dikatakan menyembah berhala… Kejadian berlaku di bilik ibunya yang baru selesai mandi,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata insiden itu disedari oleh jiran mereka selepas terdengar jeritan seorang anak perempuan mangsa yang berumur 30-an sebelum kejadian tersebut dilaporkan kepada polis.

Zainol berkata tiada sebarang pergelutan berlaku ketika suspek ditangkap di tempat kejadian.

Beliau berkata suspek sebelum ini pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Melaka beberapa tahun lepas dan memiliki dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Katanya ujian air kencing akan dilakukan ke atas suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
17 jam lalu· Isu semasa
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
January 27, 2023· Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen
February 3, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
10 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
11 jam lalu · Isu semasa
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
16 jam lalu · Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
17 jam lalu · Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok