Penganalisis asing unjur ringgit kembali kukuh: Tengku Zafrul

May 28, 2022 · Isu semasa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa penganalisis asing kekal yakin terhadap prospek pemulihan nilai ringgit yang dijangka kembali kukuh dalam masa terdekat.

Beliau berkata ini digambarkan oleh unjuran pertengahan keseluruhan mereka terhadap ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua 2022, suku ketiga 2022, suku keempat 2022 dan suku pertama 2023 dengan masing-masing mencatatkan 4.37, 4.35, 4.28 dan 4.27.

Menurutnya, bagi purata keseluruhan, unjuran penganalis asing bagi ringgit berbanding dolar AS pada suku kedua 2022, suku ketiga 2022, suku keempat 2022 dan suku pertama 2023 masing-masing pada 4.35, 4.37, 4.29 dan 4.25.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata penyusutan ringgit buat masa ini disumbangkan oleh faktor sementara termasuk unjuran situasi dasar monetari dunia dan kecairan tunai global yang terus mengetat, menyebabkan kegusaran komuniti pelabur antarabangsa.

“Akibatnya, mereka memperuntukkan semula pelaburan dalam aset yang menjana hasil yang lebih tinggi di AS. Ini telah menyebabkan kejatuhan nilai pelbagai mata wang dunia, termasuk ringgit,” katanya.

Beliau berkata faktor lain adalah kelemahan yuan China disebabkan prospek pertumbuhan China yang dijangka lebih lemah tahun ini akibat sekatan pergerakan di bandar-bandar utama.

“Ini memberi impak kepada ringgit kerana jumlah dagangan Malaysia-China adalah besar, dengan eksport Malaysia ke China mewakili 10.7 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) berbanding 2.1 peratus di Indonesia dan 1.3 peratus di Thailand,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran mereka bagi pertumbuhan ekonomi China kepada 4.4 peratus daripada 8.1 peratus pada 2021.

Selain itu, beliau berkata situasi ketegangan geopolitik dunia yang tidak menentu telah memberi tekanan kepada ekonomi seluruh dunia.

“Ini dicerminkan oleh nilai VIX atau “indeks ketakutan” pelabur yang meningkat kepada 25.7 mata pada 28 Mei, 2022 berbanding kadar purata sebelum ini, iaitu 18 mata.

“Ia turut menyebabkan pelabur beralih kepada ‘aset selamat’ (seperti emas dan dolar AS) yang menyebabkan tekanan menurun terhadap pelbagai mata wang, termasuk ringgit,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
12 jam lalu· Isu semasa
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Zafrul perlu tawan hati akar umbi jika mahu jadi calon: Mat Maslan
June 17, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
28 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
39 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
1 jam lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
2 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok