Pengambilan vaksin langkah tepat lawan Covid-19: Khutbah Jumaat

May 28, 2021 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengingatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan dakyah golongan antivaksin dalam usaha mengekang dan menangani pandemik Covid-19 sekarang ini.

Malah, Jawi menegaskan bahawa pengambilan vaksin adalah langkah tepat untuk memastikan tahap imuniti tubuh badan kita dapat melawan virus Covid-19 daripada menjejaskan kesihatan kita.

Menerusi khutbah Jumaat hari ini, Jawi juga menggesa umat Islam segera mendaftar diri untuk menerima suntikan vaksin sebagai ikhtiar melawan wabak yang sangat bahaya itu.

“Janganlah terpedaya dengan golongan antivaksin yang telah mencetuskan kegusaran orang awam sehingga mempengaruhi individu yang mendapat temujanji suntikan vaksin tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut.

“Ianya bukan sahaja memberi kesusahan kepada semua pihak yang terlibat malah ia juga telah merencatkan usaha-usaha pihak kerajaan untuk membebaskan kita daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini,” kata Jawi dalam khutbah itu.

Jawi juga menegaskan individu yang tidak mengambil vaksin Covid-19 berkemungkinan lebih mudah dijangkiti virus itu dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

“Oleh itu, ambillah langkah yang tepat untuk menghindari mudarat yang lebih besar kepada kehidupan kita. Islam menuntut agar umatnya memelihara nyawa daripada sebarang perkara yang boleh memudaratkannya malah ia termasuk dalam maqasid al-Syariah.

“Hari ini kita dapat menyaksikan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 di samping jumlah kes kematian yang amat meresahkan lebihlebih lagi apabila mereka yang terkorban juga melibatkan golongan yang masih muda,” katanya.

Khutbah Jumaat itu juga mengingatkan semua pihak supaya tidak saling salah menyalahkan antara satu sama lain, sebaliknya sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri bahawa semua rakyat Malaysia mesti bertanggungjawab menamatkan musibah ini.

“Justeru, kita seharusnya meningkatkan kewaspadaan diri dan mengambil sikap serius terhadap setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan diri kita dan keluarga daripada mendapat jangkitan.

“Amat mendukacitakan apabila masih ramai dalam kalangan masyarakat yang mengabaikan tanggunggjawab mematuhi perintah ini sehingga menjadi penyebab kepada penularan wabak yang lebih cepat di dalam komuniti.

“Janganlah leka dan mengambil mudah setiap SOP yang dikeluarkan sehingga ada dalam kalangan kita yang dijangkiti wabak ini. Kita mestilah sentiasa peka dengan SOP dan arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa lebih-lebih berkaitan pengimarahan masjid, surau Jumaat dan surau supaya tiada kluster yang membabitkan institusi keagamaan,” kata Jawi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok