Pengambilan tanah Kampung Sungai Baru KL diteruskan

June 28, 2022 · Isu semasa

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bersetuju pengambilan tanah bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu, di ibu negara diteruskan, kerana proses tersebut telah dilaksanakan dengan sempurna dan majoriti penduduk bersetuju.

Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Yasir Yahya berkata projek pembangunan semula itu telah mendapat persetujuan sebahagian besar penduduk kawasan terbabit dan perjanjian usahasama telah ditandatangani antara 192 petak rumah pangsa dan 27 unit rumah teres dengan pemaju.

“Setakat ini, pengambilan tanah telah sempurna dilaksanakan terhadap 72 petak rumah pangsa bagi tujuan pembangunan semula. Pengambilan tanah juga dilaksanakan ke atas pemilik tanah yang tidak menandatangani usaha sama dengan pemaju.

“Hanya berbaki 37 unit rumah teres sahaja lagi yang masih belum dilaksanakan siasatan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata urusan pengambilan tanah adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang jelas, maka pampasan yang mencukupi telah diguna pakai berdasarkan nilai yang diberikan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

“Namun begitu, pihak yang terkilan terhadap nilai pampasan ini masih boleh merayu kepada mahkamah dan mahkamah akan menilai semula pampasan bersesuaian kepada perayu,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Yasir berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan pertemuan dengan penduduk terlibat bagi memberi penerangan untuk membolehkan semua yang terlibat dalam situasi menang-menang.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) memaklumkan jumlah unit yang telah menyelesaikan proses perolehan tanah dan bersedia untuk pembangunan telah bertambah kepada 291 unit berbanding 219 (27 lot teres dan 192 flat).

Jumlah itu bertambah setelah penyampaian notis Borang K (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah) Akta Pengambilan Tanah 1960 oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL).

“Ia membabitkan 264 unit flat dan 27 lot teres bersamaan 88.72 peratus. Pertambahan peratus tersebut melibatkan 72 unit flat setelah borang K dikeluarkan manakala baki 37 lot teres (11.28 peratus), sesi siasatan pengambilan tanah masih lagi ditangguhkan dan belum diserahkan. Perolehan tanah bagi lot teres ini masih belum selesai,” menurut kenyataan itu.

Mengenai dakwaan daripada Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Sungai Baru yang menyatakan PKB sengaja ‘mendiamkan’ sejumlah 34 pemilik lot teres lain di Sungai Baru, ia adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai.

“Ingin dijelaskan status 34 lot teres (32 lot teres milik individu dan dua lot teres yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk jajaran Projek Sistem Kedua Transit Aliran Ringan (LRT) untuk Kuala Lumpur-Jajaran Pasar Seni ke Jalan Damai) adalah tidak terlibat dengan projek pembangunan semula di kawasan Sungai Baru, di sini,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas Vincent Tan, MB Selangor pula hantar surat tuntutan kepada Sanusi
August 10, 2023· Politik
MB Selangor tak jawab dokumen sulit skandal tanah dimiliki Chegubard
August 8, 2023· Politik
Kerajaan PN baharu akan dedah fail sulit skandal tanah RM10 bilion di Selangor: Chegubard
August 7, 2023· Politik
Tanah mendap di laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lencongan Bentong Timur
July 26, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
19 minit lalu · Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok