Pengambilan 18,702 guru secara ‘one-off’, permohonan dibuka 7 Julai

June 20, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan pengambilan 18,702 guru secara ‘one-off’ menerusi pengambilan khas bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga pengajar di sesetengah negeri, terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor..

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata iklan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 itu, akan disiarkan mulai 7 Julai manakala penempatan secara berperingkat di sekolah masing-masing bermula Oktober depan.

Katanya, usaha berkenaan adalah perancangan KPM bawah Pelan Pemulihan Negara yang sebelum ini diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengambilan guru secara ‘one-off’ dan besar-besaran ini bertujuan menyelesaikan isu kekurangan guru di sesetengah negeri, selain menjamin pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar ketika pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media secara maya, mengenai pengambilan khas itu hari ini.

Beliau berkata, ketika ini KPM berdepan cabaran kekurangan calon guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) selain ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran.

“KPM memerlukan untuk mata pelajaran tertentu tetapi bekalan tidak banyak. Wujud keadaan apabila agak sukar untuk KPM mengambil guru baharu bagi memenuhi kekosongan yang ada,” katanya.

Radzi berkata, pengambilan khas dibuat hasil perbincangan secara menyeluruh dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (​JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Antara subjek dengan kekurangan guru yang tinggi di sekolah rendah ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, manakala di sekolah menengah ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Radzi berkata kerjasama KPM, JPA dan SPP, antaranya mewujudkan kluster opsyen mata pelajaran untuk menyusun kelayakan dan kelulusan bakal guru, bagi memastikan sumber bekalan lebih luas dan membolehkan pemilihan calon guru yang berkelayakan, untuk opsyen yang diperlukan.

“Kepelbagaian kaedah lantikan juga akan diaplikasikan iaitu pelantikan dibuat berdasarkan pendekatan holistik mengikut keperluan semasa, bagi atasi masalah kekurangan guru yang berlarutan sejak lama,” katanya.

Radzi berkata, kerjasama itu juga akan meliputi urusan panel penemuduga, logistik dan keurusetiaan.

Ditanya jika pengambilan khas itu mengutamakan calon yang mempunyai latar belakang ikhtisas pendidikan sahaja, Radzi berkata calon yang mempunyai kelulusan lain juga akan dipertimbangkan menggunakan pendekatan holistik.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok