Pengamal media mula berkumpul di luar PMO, tunggu pengumuman bubar Parlimen

October 10, 2022 · Isu semasa

Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya menjadi tumpuan pengamal media yang mula berkumpul di luar perkarangan pintu masuk selepas spekulasi pembubaran Parlimen semakin bertiup kuat.

Beberapa wartawan tempatan dilihat mula berkumpul di luar perkarangan pintu masuk PMO di Putrajaya selepas media melaporkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen.

Semalam, media melaporkan Ismail Sabri menghadap Agong di Istana Negara kali kedua dalam tempoh empat hari bagi mendapat perkenan membubarkan Parlimen.

Pengamal media sudah mula berkampung di hadapan pintu protokol bangunan berkenaan sejak jam 8 pagi, bagi menantikan pergerakan PM dan mendapatkan perkembangan terkini.

Pintu protokol yang lazimnya ditutup pada cuti umum namun dilihat dibuka menimbulkan tanda tanya adakah akan ada pengumuman penting daripada PM hari ini.

Pada Khamis lalu, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di sebalik spekulasi mengaitkan pertemuan itu bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, Istana Negara menerusi catatan di Facebook memaklumkan, Seri Paduka berkenan menerima menghadap PM untuk mesyuarat pra-Kabinet.

Sementara itu, hasil semakan dan difahamkan, PM tidak mempunyai sebarang program rasmi di sebelah pagi hari ini.

Namun, Ahli Parlimen Bera itu dijadual menghadiri Perhimpunan Agung Kongres India Malaysia (MIC) ke-76 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 2.30 petang.

Selain itu, Ismail Sabri juga dijangka menghadiri mesyuarat khas MajlisTertinggi (MKT) UMNO malam ini, dipercayai bagi memperinci persiapan PRU15 serta memuktamadkan bentuk kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) kelak.

Sekiranya Parlimen dibubarkan hari ini iaitu sembilan bulan sebelum penggalnya tamat, PRU kemungkinan diadakan pada minggu pertama November, berdasarkan amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU 2013 dan 2018.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok