Pengamal media di setiap negeri juga akan diberi vaksin

June 9, 2021 · Isu semasa

Pengamal media seluruh negara tidak akan dipinggirkan daripada pemberian vaksin dan Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan akan memastikan lebih 4,000 warga media yang disenaraikan mendapat vaksin.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menggesa supaya pengamal media mendaftarkan dalam aplikasi MySejahtera dan jika sudah mendapat janji temu mereka tidak perlu menunggu giliran vaksin yang disediakan kementerian.

“Saya berterima kasih kepada YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) yang memberikan fokus kepada warga media.

“Pada masa sama, warga media yang sudah dapat (janji temu) vaksin dalam MySejahtera, kalau dapat terus pergi. Jangan tunggu (vaksinasi) kumpulan media,” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu, Saifuddin meninjau 98 warga media yang menjadi kumpulan pertama petugas media menerima dos pertama vaksin Covid-19 di Dewan Seri Seroja, Putrajaya.

Ditanya mengenai kenyataan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ) yang menggesa warga media yang belum menerima vaksin supaya tidak ke lapangan untuk membuat liputan, Saifuddin berkata beliau sudah menerima surat daripada NUJ dan akan menelitinya.

“Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dengan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Adham Baba. Saya faham keperluan itu,” katanya.

Saifuddin berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sememangnya meminta warga media didahulukan kerana mereka merupakan petugas yang turun padang sama seperti petugas barisan hadapan lain.

“Namun saya faham Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 ada perkiraan mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul
October 21, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok