Pengamal kesihatan bimbang ubat PrEP kepada pasangan gay diperluaskan KKM

December 8, 2022 · Isu semasa

Kumpulan pengamal kesihatan meluahkan kebimbangan rancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperluaskan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) untuk mencegah penyebaran wabak HIV.

Dalam satu kenyataan bersama, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik) membantah rancangan KKM yang mahu meluaskan penggunaan ubat PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif yang seakan memberi galakan budaya songsang itu di kalangan masyarakat.

“Apa yang membimbangkan, perancangan terkini adalah untuk meluaskan penggunaan PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dan secara atas permintaan. Kami menggesa untuk KKM menilai semula perancangan ini.

Kami berpendapat bahawa KKM sepatutnya lebih menumpukan kepada kempen langkah-langkah pencegahan, yang bermula dengan penghindaran perbuatan seks itu sendiri atau abstinen. Mesej-mesej kesihatan dan saranan kepada masyarakat awam untuk mengelakkan hubungan kelamin melalui dubur (seks anal) sepatutnya menjadi langkah utama pencegahan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, PrEP adalah ubatan oral yang digunakan untuk mencegah jangkitan HIV yang tersebar melalui hubungan kelamin ataupun penggunaan jarum suntikan yang telah pun diedarkan melalui klinik-klinik kesihatan di Selangor, Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan juga Sabah.

Buat masa ini, PrEP diberikan kepada individu berstatus HIV-negatif yang berisiko untuk mendapat HIV, seperti pasangan kepada individu yang telahpun menghidap HIV.

Individu yang menghidap HIV serta keluarga mereka adalah kategori pesakit yang layak untuk dilindungi dan sepatutnya menerima rawatan terbaik yang tersedia.

Kumpulan itu juga tidak menyokong rancangan KKM tersebut kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan akan menggunaakn peruntukan daripada pembayar cukai.

“Berbeza dengan PrEP yang memerlukan lelaki yang mengamalkan seks dengan lelaki (MSM) untuk mengambil ubat tersebut setiap hari kerana mereka dikategorikan sebagai โ€œindividu yang kerap terdedah kepada risikoโ€.

“Mengambil kira majoriti pengamal MSM adalah mereka yang masih muda, strategi ini bukan sahaja berupaya meruntuhkan nilai moral masyarakat, bahkan juga dari sudut ekonomi, ia akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang tinggi dan tidak munasabah.

“Hasil negara yang dikutip melalui pembayar cukai akan dibelanjakan seterusnya membolehkan individu yang berisiko dari segi tingkah laku untuk meneruskan aktiviti mereka sedangkan mereka
boleh meninggalkan perbuatan berisiko tinggi dengan memberikan fakta kesihatan yang betul dariaspek kesihatan dan motivasi dari sudut moral,” katanya lagi.

Tegas kumpulan itu lagi, tidak sepatutnya wang pembayar cukai digunakan semata-mata untuk membiayai pengamal seks songsang tersebut, ia sepatutnya digunakan untuk merawat penyakit yang lebih kritikal.

“Daripada menggunakan dana kita yang terhad kepada PrEP yang ternyata merupakan gaya hidup dan pilihan seseorang untuk mengamalkan seks anal, dana kesihatan kita boleh dimanfaatkan untuk penyakit-penyakit lain seperti penyakit kongenital (penyakit sejak lahir) atau pun penyakit tidak berjangkit (NCD),” katanya lagi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh:

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ผ๐—ฟ ๐——๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—บ ๐— ๐—ผ๐—ธ๐—ต๐˜๐—ฎ๐—ฟ
Profesor Gender dan Fisiologi Kardiovaskular
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ผ๐—ฟ ๐——๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐˜€๐˜‚๐—น ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐——๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป
Profesor dan Perunding Pakar Perubatan Keluarga
Gender Dysphoria Flagship Leader, Kuliyyah Perubatan
Timbalan Pengarah Kampus, Pejabat Pengarah Kampus, Kuantan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ผ๐—ฟ ๐——๐—ฟ ๐—”๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ณ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ
Profesor dan Perunding Pakar Perubatan Keluarga
Timbalan Pengarah & Felo Utama I-PPerForM, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Atherosklerosis dan Pencegahan CVD
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ผ๐—ฟ ๐——๐—ฟ. ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—บ๐˜† ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฌ๐˜‚๐˜€๐—ผ๐—ณ
Dekan Fakulti Perubatan
Profesor dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ผ๐—ฟ Madya ๐——๐—ฟ ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ
Profesor Madya dan
Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Wanita dan Kesihatan Seksual
Universiti Sains Malaysia (USM)
Dan Pengerusi Asia Oceana Federation for Sexology

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ผ๐—ฟ Madya ๐——๐—ฟ. ๐—”๐—ป๐—ถ ๐—”๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ ๐—ญ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป
Profesor Madya Obstetrik dan Ginekologi
Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Ginekologi Remaja dengan Pengkhususan dalam Perkembangan Seks
Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Berita berkaitan
Pengenalan cukai vape antara tumpuan dalam pembentangan Bajet 2023
February 22, 2023· Isu semasa
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan jadi sasaran peguam Najib, buat bantahan
January 19, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Kabinet putuskan terima kemasukan pelancong China esok, kata menteri
January 3, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok