Penerima vaksin kena sahkan kehadiran dalam tempoh 48 jam

April 9, 2021 · Isu semasa

Penerima vaksin Covid-19 diingatkan supaya mengesahkan kehadiran janji temu dalam tempoh 48 jam selepas menerima butiran dan tarikh untuk divaksin, kata Covid-19 Immunisation Task Force (CITF).

CITF dalam satu kenyataan hari ini berkata, kegagalan memberikan pengesahan akan menyebabkan janji temu dibatalkan dan dijadualkan semula serta slot untuk janji temu itu diberikan kepada orang lain.

Katanya, proses notifikasi untuk penerima vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu aplikasi MySejahtera dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada yang sudah berdaftar.

“Untuk pengguna MySejahtera, satu notifikasi diberikan yang memaklumkan mereka untuk menyemak butiran janji temu di aplikasi MySejahtera dan pada masa yang sama, mereka juga akan menerima SMS untuk menyemak butiran janji temu di MySejahtera.

“Mereka diminta mengesahkan kehadiran janji temu vaksinasi dalam tempoh 48 jam melalui aplikasi MySejahtera. Apabila hampir tamat tempoh 48 jam tersebut, peringatan untuk mengesahkan janji temu juga akan dihantar sekiranya jawapan masih belum diberi,” kata kenyataan itu.

Bagi mereka yang tidak mendaftar melalui MySejahtera, butiran janji temu akan dihantar melalui SMS dan penerima akan dimaklumkan mengenai saluran untuk membuat semakan tarikh janji temu seperti di laman web dan sebagainya.

“Mereka juga diingatkan supaya mengesahkan kehadiran janji temu dengan membalas YA atau TIDAK,” menurut CITF.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang tidak menerima sebarang notifikasi melalui SMS atau MySejahtera bermaksud giliran mereka untuk divaksinasi masih belum tiba.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pemansuhan UPSR muktamad
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
20 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok