Penerima Sinovac perlu dos ketiga untuk tunai umrah

October 12, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Arab Saudi dilapor membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos ketiga seperti mana ditetapkan.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac, lapor Berita Harian.

“Berdasarkan maklumat terbaharu, Arab Saudi mahu suntikan kali ketiga bagi Sinovac sahaja manakala Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak ini.

“Ia bermakna mereka yang mengambil suntikan Sinovac sebelum ini dibenarkan menunaikan umrah namun perlu mengambil suntikan kali ketiga,” katanya.

Sebelum ini, beberapa agensi pelancongan memaklumkan mengenai syarat tambahan bagi umrah norma baharu termasuk suntikan Sinovac tidak diterima.

Syarat lain yang dikenakan ialah kebenaran membabitkan sekali umrah sahaja, 25 orang dalam sebuah bas, hanya bilik berdua dibenarkan dan jemaah berusia 18 tahun ke atas boleh menunaikan umrah.

Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi meluluskan dua lagi vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm selain Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini turut merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 orang sehari.

Arab Saudi mula menerima permohonan umrah dari luar negara untuk jemaah yang divaksin pada 9 Ogos lalu.

Pada masa sama, Razali berkata, syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi menyebabkan kos umrah bagi seorang jemaah meningkat antara RM2,000 hingga RM3,000.

Beliau berkata, peningkatan itu tidak dapat dielak berikutan penambahan kos visa, ujian saringan kendiri, kemudahan penginapan dan pengangkutan.

Katanya, ia menjadikan kos bagi menunaikan umrah meningkat kepada RM8,500 berbanding kira-kira RM5,500 sebelum ini.

“Dulu kos visa sekitar RM250 hingga RM300 sekarang meningkat kepada RM600 membabitkan insurans dan kos ujian saringan sekali.

“Syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi sememangnya menyebabkan kos umrah meningkat,” katanya.

Berita berkaitan
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
August 13, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci
July 23, 2022· Dunia
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
2 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
14 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
15 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok