Penerima dos penggalak paling ramai dijangkiti Covid-19 semalam

Seramai 4,279 individu daripada 7,140 kes yang dijangkiti Covid-19 semalam (18 April 2022) membabitkan mereka yang telah menerima suntikan dos penggalak.

Sementara, 1,558 individu lagi adalah mereka yang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19; 954 kes melibatkan individu tidak divaksin dan 349 lagi belum lengkap divaksinasi.

Selangor yang mencatat jumlah jangkitan baharu tertinggi semalam sebanyak 5,020 kes pula merekodkan 3,090 pesakit yang telah menerima dos penggalak; penerima dua dos (1,039 kes); tidak divaksinasi (641 kes); dan belum lengkap divaksinasi (250 kes).

Bagaimanapun, secara keseluruhannya daripada kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 iaitu 4,396,165 kes, sebanyak:

  • 1,955,101 – individu yang tidak divaksinasi;
  • 1,235,774 – penerima dua dos;
  • 776,225 – penerima dos penggalak; dan
  • 429,065 – belum lengkap divaksinasi.

Sejak 24 Februari 2021 hingga semalam, 26,289,727 atau 80.5 peratus populasi di Malaysia telah menerima dua dos vaksin Covid-19, dan 27,635,355 atau 84.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 15,980,555 atau 67.9 peratus individu dewasa pula menerima suntikan dos penggalak.

Sementara itu, lebih 1.87 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan Februari lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 452,633 atau 12.7 peratus melengkapkan dua dos suntikan, manakala 1,420,019 lagi menerima dos pertama.

Sejak September tahun lalu hingga semalam juga seramai 2,875,587 atau 92.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap dua suntikan, dan 2,976,803 atau 95.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi golongan dewasa pula, seramai 22,961,507 atau 97.6 peratus telah lengkap dua suntikan, manakala 23,238,533 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berikut adalah pecahan jumlah jangkitan Covid-19 semalam mengikut kategori umur:

  • 1,614 kes – 30-39 tahun;
  • 1,608 kes – 18-29 tahun;
  • 978 kes – 40-49 tahun;
  • 648 kes – 12-17 tahun;
  • 601 kes – 50-59 tahun;
  • 529 kes – 5-11 tahun;
  • 414 kes – 60-69 tahun;
  • 322 kes 0-4 tahun.
  • 206 kes – 70-79 tahun; dan
  • 84 kes – 80 tahun dan ke atas.

BERITA BERKAIT
POPULAR