Penerima dos penggalak kekal penyumbang utama kes harian

October 6, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 5 Oktober 2022) meningkat kepada 1,722 kes, termasuk lapan kes import, berbanding 1,483 pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,848,314 kes, dengan 4,788,889 pesakit telah sembuh, termasuk 1,639 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,237 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 336 kes (penerima dua dos); 144 kes (individu tidak divaksinasi); dan lima kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang CovidNOW KKM pula menunjukkan sehingga kini 23,038 kes masih aktif, meningkat berbanding 22,957 kes yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 22,011 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 979 dirawat di hospital dan 48 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), dengan 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 581 (1,479,401);
  • Kuala Lumpur – 388 (439,283);
  • Sabah – 125 (395,517);
  • Johor – 37 (394,030);
  • Sarawak – 89 (315,942);
  • Kedah – 53 (310,109);
  • Pulau Pinang – 74 (297,786);
  • Kelantan – 53 (253,967);
  • Perak – 133 (228,419);
  • Negeri Sembilan – 62 (222,501);
  • Pahang – 25 (177,686);
  • Melaka – 49 (135,620);
  • Terengganu – 26 (129,739);
  • Putrajaya – 20 (27,558);
  • Labuan – 4 (22,277); dan
  • Perlis – 3 (18,479).

Sementara itu KKM juga melaporkan dua kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam, dengan kedua-dua mangsa meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Kedua-dua kes itu dilaporkan di Kedah dan Sabah.

KKM juga memaklumkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 72.36 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu 28,103,503 suntikan melibatkan dos pertama; dos kedua (27,511,075; dos penggalak pertama (16,239,413); dan dos penggalak kedua (507,637).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok