Penerima dos penggalak kekal penyumbang tertinggi kes harian

August 26, 2022 · Isu semasa

Selepas lima hari mencatat jumlah kes harian di bawah 3,000, jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 25 Ogos 2022), meningkat semula, menurut rekod terbaharu laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam tempoh itu, 3,206 jangkitan baharu dilaporkan, termasuk empat kes import, naik daripada 2,636 yang dicatat pada Rabu

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,768,394 kes, dengan 4,696,221 pesakit telah sembuh, termasuk 2,180 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 2,224 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 689 kes (penerima dua dos); 282 (individu tidak divaksinasi); dan 11 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM memaklumkan sehingga kini, sebanyak 35,988 kes masih aktif, meningkat berbanding 34,970 yang dicatat pada Rabu. Jumlah itu termasuk, 34,626 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (33,500 pada Rabu); dan 22 ditempatkan di PKRC (24 pada Rabu).

Seramai 1,271 pesakit lagi dirawat di hospital, turun berbanding 1,379 pesakit pada Rabu, dan 69 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (67 pada Rabu), dengan 42 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (36 pada Rabu).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 1,092 (1,456,202);
  • Kuala Lumpur – 583 (423,180);
  • Johor – 104 (391,508);
  • Sabah – 297 (388,533);
  • Sarawak – 119 (312,312);
  • Kedah – 114 (307,240);
  • Pulau Pinang – 93 (294,352);
  • Kelantan – 87 (251,517);
  • Perak – 236 (221,553);
  • Negeri Sembilan – 186 (218,590);
  • Pahang – 62 (175,785);
  • Melaka – 114 (132,553);
  • Terengganu – 44 (128,525);
  • Putrajaya – 58 (26,246);
  • Labuan – 9 (22,110); dan
  • Perlis – 12 (18,162).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Kes kematian yang dilaporkan semalam membabitkan tiga di Selangor dan masing-masing satu di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak serta Kuala Lumpur.

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,185 kes, termasuk 7,690 kes BID.

Sementara itu, lebih 72.24 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk warga asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 28,089,522 atau 86.0 peratus melibatkan dos pertama; 27,489,260 (84.2 peratus dos kedua); 16,213,219 (49.6 peratus dos penggalak pertama); dan 454,130 (1.4 peratus dos penggalak kedua).

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos
October 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
2 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok