Penerima dos lengkap rakyat Malaysia antara dibenar masuk UK

September 20, 2021 · Isu semasa

United Kingdom (UK) mengumumkan kelonggaran bagi mereka yang sudah divaksin sepenuhnya, termasuk rakyat Malaysia, untuk keluar dan masuk ke negara itu.

Berita baik buat pengembara ini diumumkan menerusi laman web rasmi yang menjelaskan peraturan perjalanan antarabangsa ke negara itu dilabel mengikut warna sistem lampu isyarat – merah, kuning dan hijau – kini dipinda menjadi satu label bermula 4 Oktober ini.

Menerusi sistem baharu itu, ia akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengenal pasti kemasukan pelancong dari seluruh dunia.

Malaysia merupakan salah satu negara yang tersenarai dalam 17 negara yang diiktiraf untuk masuk ke England.

Hanya penerima vaksin lengkap jenis AstraZeneca, Pfizer, Moderna atau Janssen termasuk dua dos campuran dari mana-mana vaksin jenama itu, akan diterima masuk ke England.

Selain Malaysia, Jepun, New Zealand dan Singapura juga termasuk dalam senarai yang tidak perlu melakukan ujian saringan PCR sebelum berlepas.

Namun, pengunjung hanya perlu menempah dan membayar sendiri ujian saringan Covid-19 yang akan dilaksanakan pada hari kedua selepas tiba di England di samping melakukan kuarantin kendiri selama 10 hari.

Bagi mereka yang gagal mengemukakan bukti sudah lengkap divaksin perlu mengikut peraturan sedia ada berhubung kemasukan tanpa vaksin di mana mereka perlu melakukan ujian saringan PCR sebelum berlepas, serta ujian saringan Covid-19 pada hari kedua dan kelapan dengan kuarantin kendiri selama 10 hari selepas ketibaan.

Semua pelancong juga dikehendaki mengisi borang pengesan diri dalam tempoh 48 jam sebelum sampai di England.

Sementara itu, antara negara yang tersenarai sebagai ‘merah’ adalah Cuba, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Thailand dan Venezuela.

Sekiranya pelancong dari senarai ‘merah’ ingin ke England, mereka perlu melalui peraturan perjalanan dengan lebih ketat.

Sabtu lalu, melalui data rasmi UK mencatatkan lebih 30,144 kes baharu dengan 164 kematian dilaporkan. Data tujuh hari terakhir menunjukkan, kematian di UK meningkat dua peratus, manakala kes harian terus menurun kepada 20.4 peratus dari minggu lalu.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
4 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
7 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
7 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
3 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok