Penerima bantuan JKM meningkat

January 10, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjangkakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun ini meningkat kepada 550,000 individu, berbanding 517,414 tahun lalu.

Jangkakan penambahan penerima itu elari dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan kelayakan permohonan bantuan kebajikan dengan menggunakan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kira-kira 71 peratus atau RM1.772 bilion daripada RM2.5 bilion perbelanjaan mengurus untuk KPWKM tahun ini akan disalurkan kepada bantuan kebajikan di bawah JKM bagi membantu mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.

“Kementerian menjangka menerima banyak permohonan daripada mereka yang terkesan. Untuk itu, saya telah minta supaya pemprosesan perlu dipercepat dengan menggunakan teknologi yang memudahkan mereka (penerima),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KPWKM di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Rina berkata hasil tinjauannya terhadap mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) mencadangkan agar penyampaian bantuan makanan yang sudah siap dibungkus menggunakan teknologi “retort”, lapor Bernama.

Tinjauannya mendapati PPS cukup dengan makanan dan barangan keperluan asas, namun terdapat pembaziran dari segi makanan kerana makanan siap masak yang dibungkus mudah rosak atau basi.

“Sudah tiba masanya untuk kita memperluaskan lagi penggunaan makanan dengan bungkusan teknologi retort atau penstrilan, ia menjadikan makanan tahan lebih lama, segar dan mudah disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, Rina berkata untuk tahun 2022, kementerian akan terus memfokuskan kepada usaha memperkukuhkan mutu perkhidmatan, memastikan keberkesanan program yang dirancang dan memperkasa golongan wanita secara lebih komprehensif.

Beliau berkata enam agensi kementerian iaitu JKM, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) akan digembleng bersama untuk memastikan fokus untuk tahun ini dapat dicapai.

“Untuk tahun ini, kita tak nak bergerak dalam silo. Sebagai contoh, apabila berlaku banjir dulu kita hanya nampak JKM, tapi sekarang saya nak gerakkan semua (agensi) membantu mangsa banjir,” katanya.

Berita berkaitan
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Siapa bantu rakyat masa pandemik? “Abah” jerit perwakilan Srikandi
March 10, 2023· Politik
Bantuan makanan lambat dan kurang kualiti di PPS, kata Wee dalam video FB
March 5, 2023· Isu semasa
Ramai sokong Rina Harun rampas Parlimen Sepang dari AMANAH
November 17, 2022· Politik
Popular
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
23 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
24 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok