Penempatan jemaah haji Malaysia di Mina dekat masjid

June 28, 2022 · Isu semasa

Jemaah Malaysia Malaysia bagi musim 2022 bertuah apabila Kerajaan Arab Saudi bukan sahaja memberi penempatan baharu tetapi juga kawasan khemah yang berdekatan dengan masjid, ketika berada di Mina.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kelebihan itu boleh dimanfaatkan jemaah haji kerana bukan sahaja boleh solat di masjid tetapi juga menggunakan kemudahan di situ untuk diri mereka.

“Tahun ini semua tapak di Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah tapak baharu. Bagaimanapun kemudahan dan kedudukannya masih lagi dalam suasana yang baik dan memberi kelebihan kepada jemaah haji Malaysia.

“Terutama kita lihat perkhemahan di Mina adalah berdekatan dengan Masjid Kuwait yang merupakan salah satu masjid di Mina. Sudah tentunya kemudahan itu dapat dinikmati jemaah haji Malaysia…mereka boleh ke masjid untuk solat dan gunakan kemudahan masjid itu,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan dan lawatan di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Selain itu, Syed Saleh berkata persiapan fasiliti di Arafah, Muzdalifah dan Mina, bagi jemaah haji mengerjakan ibadah Wukuf, kini pada tahap 50 hingga 60 peratus.

Katanya, kerja-kerja penyediaan fasilti itu dilihat berjalan mengikut jadual dan akan disiapkan menjelang tibanya Hari Wukuf dengan pemantauan pihak muassasah dan Lembaga Tabung Haji (TH).

“Persiapan untuk Arafah mencapai tahap hampir 50 peratus dan Mina 60 peratus. Ini mengambil kira, ada lagi 10 hari jemaah haji akan tiba. Tahun ini makanan untuk di Arafah dan Mina berjumlah 16 sajian, iaitu lima sajian akan guna konsep sedia dimakan,” katanya.

Difahamkan sebanyak 75 khemah pelbagai saiz disediakan di Arafah manakala di Mina lebih daripada 600 khemah.

Syed Saleh juga memaklumkan setakat semalam seramai 10,453 orang yang merupakan 76 peratus daripada jemaah haji yang dibawa TH tahun ini telah tiba di Makkah dan menunggu 10 hari lagi sebelum tiba waktu Wukuf.

Berita berkaitan
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022· Isu semasa
Wanita Malaysia lahir anak di luar negara tak layak dapat kerakyatan
August 5, 2022· Isu semasa
IMF semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2022 kepada 5.1 peratus
July 27, 2022· Isu semasa
KDN anggar 1.2 juta lebih warga China tidak keluar Malaysia
July 26, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
10 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
22 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
29 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
40 minit lalu · Isu semasa
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok