Penempatan 6 pegawai di pejabat Rais Hussin langgar tadbir urus korporat MDEC?

June 7, 2021 · Isu semasa

Belum pun reda krisis dalaman Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) awal Januari lalu, Pengerusinya, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff kini dikaitkan pula dengan penempatan enam pegawai di pejabatnya yang didakwa melanggar tadbir urus korporat agensi tersebut.

Kontroversi tercetus sebelum ini apabila dilaporkan lapan anggota pengurusan kanan MDEC mengundurkan diri kerana tidak berpuas hati terhadap cara pengurusan Rais yang juga seorang ahli politik tegar.

Untuk rekod, Rais merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan merupakan pengikut setia bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum menukar kiblat untuk setia bersama pimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beberapa kenyataan kontroversinya juga sebelum ini banyak mengkritik kerajaan sebelum menerima lantikan untuk mengemudi MDEC pada Jun tahun lalu secara kontrak dua tahun.

Dalam satu laporan firma audit, KPMG pada November 2020 melibatkan MDEC yang dilihat Agenda Daily, didapati beberapa keputusan Rais dilihat bertentangan dengan tadbir urus korporat, antaranya isu melibatkan penempatan enam pegawai di pejabatnya.

“DRH (Datuk Rais Hussin) menempatkan seramai enam pegawai dalaman ke pejabatnya, langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dilakukan seorang Pengerusi Bukan Eksekutif.

“Perkara ini bukan sahaja mengganggu peranan eksekutif dalam operasi harian MDEC tetapi juga mengakibatkan timbulnya gangguan dalam sumber manusia dan juga belanjawan yang tidak perlu. Perkara ini berlaku ketika pengambilan pekerja dibekukan dalam MDEC,” kata laporan tersebut.

Sumber dalaman juga memberitahu sejak laporan KPMG itu dikeluarkan, timbul beberapa isu lain melibatkan konflik kepentingan yang dikaitkan dengan Rais.

Selain itu, laporan tersebut turut membangkitkan isu berhubung lantikan seseorang yang aktif dalam politik sebagai Pengarah Institusi Berlesen yang bertentangan dengan Piawaian 10.4 Garis Panduan Bank Negara Malaysia berhubung Tadbir Urus Korporat.

“MDEC dimiliki oleh Kementerian Kewangan diperbadankan, dimana Menteri Kewangan mempunyai kawalan berkanun. Ahli Lembaga Pengarah yang juga seorang ahli politik atau memegang jawatan dalam sektor kerajaan atas kapasiti seorang ahli politik harus dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

“MDEC harus mempertimbangkan melantik Datuk Rais Hussin dan Lee Chin Cheh sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga MDEC,” kata laporan tersebut.

Laporan tersebut juga mendedahkan kelemahan Rais sebagai Pengerusi MDEC yang gagal melaksanakan hala tuju dan strategi yang ditetapkan agensi tersebut.

Malah, sehingga sekarang pekerja dalam MDEC gagal melengkapkan penetapan KPI 2021 memandangkan Rancangan Perniagaan (2020 dan 2021) belum mendapat kelulusan dan disampaikan ke peringkat bawah.

Laporan tersebut juga mendedahkan pekerja MDEC diberitahu semasa dua sesi Town Hall tidak akan ada bonus atau kenaikan gaji bagi tahun 2020.

Media sebelum ini pada Januari 2021 melaporkan lapan anggota pengurusan kanan MDEC mengundurkan diri.

Kepimpinan kanan MDEC yang meninggalkan agensi itu sejak Oktober 2020 adalah Naib Presiden Digital Kreatif, Hasnul Hadi Samsudin; Pengarah Sumber Manusia, Suzana Nawardin; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Ng Wan Peng; Naib Presiden Fintech dan Digital Ekonomi Islamik, Norhizam Abdul Kadir; Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan, Nor Faizah Othman; Naib Presiden Digital Investments, Hew Wee Choong; Ketua Pegawai Maklumat, Abdul Malick Aboobakar dan Pengarah, Nordarzy Razak Norhalim.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Agus sahkan hantar surat letak jawatan bos J-KOM
November 17, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok