Penduduk di Sarawak dinasihati tangguh aktiviti luar: Bomba

January 26, 2023 · Isu semasa

Orang ramai di Sarawak dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang aktiviti luar buat masa ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini susulan hujan lebat yang telah mengakibatkan banjir di beberapa lokasi di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata orang ramai perlu lebih peka dan mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan anggota agensi penyelamat tidak mampu berada di semua lokasi pada setiap masa, menurut laporan Bernama.

“Elakkan melakukan aktiviti pada musim Monsun Timur Laut ketika ini sebab keadaan cuaca dan taburan hujan yang tidak menentu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, JBPM Sarawak giat menjalankan advokasi awal kepada orang awam dengan mengajak mereka mengamalkan 4M iaitu ‘melihat’, ‘mendengar’, ‘memahami’ dan ‘mematuhi’ dalam berdepan musim hujan dan banjir.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti 286 lokasi yang kerap dilanda banjir di Sarawak.

Sarawak menjadi negeri terkini dilanda banjir berikutan hujan lebat di daerah Lundu dan Sematan lewat malam tadi.

Dua pusat pemindahan sementara dibuka di kawasan berkenaan yang menempatkan seramai 56 mangsa daripada 17 keluarga setakat petang ini.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
56 minit lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
1 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok