Penduduk di 4 negeri diberi amaran fenomena air pasang besar

October 9, 2022 · Isu semasa

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan amaran fenomena air pasang besar akan melanda penduduk di empat negeri, khususnya penduduk di pesisir pantai.

Fenomena air pasang besar dijangka bakal dihadapi penduduk di Perak, Kedah, Selangor dan Johor bermula semalam sehingga Khamis ini.

Menerusi perkongsian Facebook, NADMA memaklumkan bahawa Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terbabit ialah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Katanya, fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada ketika fenomena ini berlaku,” menurut perkongsian itu.

Maklumat lanjut dan jadual ramalan pasang surut edisi 2022 boleh didapati dalam laman sesawang https://hydro.gov/ramalanpasangsurut.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir meningkat, NADMA rekod 3,014 orang sudah dipindah ke PPS
November 15, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir terus meningkat, Kelantan catat lebih 1,000 orang
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok