Penduduk bimbang, banjir bermula

October 9, 2022 · Isu semasa

Penduduk di beberapa negeri semakin bimbang hujan lebat setiap hari sekarang boleh menyebabkan kawasan penempatan mereka dinaiki air dan menyebabkan banjir, menjelang musim tengkujuh yang akan tiba.

Namun apa yang lebih membimbangkan ialah kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan pada musim hujan dan banjir, sekali gus boleh menghalang hak pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan sebahagian besar negeri di Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak, dijangka mengalami hujan berterusan dan ribut petir bermula semalam hingga esok (Isnin, 10 Oktober 2022).

Mengikut ramalan itu, beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak serta kawasan pantai Perlis dijangka hujan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, ribut petir diramal di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak serta kawasan pantai Pulau Pinang.

Di Kedah, hujan berterusan sejak awal pagi ini menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah sekitar Baling.

Antara kawasan yang terjejas ialah mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) berkata, sebanyak 81 keluarga terjejas tetapi tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 9 pagi tadi.

“Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan Sungai Ketil dan Sungai Kupang melimpah dan meresap masuk ke dalam kampung,” katanya.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Padang Empang, Kampung Dusun, Kampung Iboi, Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah, Taman Berlian, Kampung Tok Weng, and Kampung Tok Mat Ali.

Beliau berkata ketika ini Sungai Ketil dipantau rapi oleh APM dan penduduk kampung dinasihatkan dipindahkan jika keadaan bertambah buruk.

Baling mengalami beberapa kejadian banjir kilat yang dipercayai berpunca daripada penebangan hutan dan cuaca tidak menentu.

Pada 4 Julai lalu, fenomena banjir dan lonjakan air menjejaskan 12 kampung di Baling termasuk Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi.

Banjir itu turut meragut tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil.

Tiga sungai di daerah Padang Terap dan Kota Setar telah melepasi paras amaran, manakala tujuh sungai di empat daerah berada pada paras berjaga-jaga.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana APM Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata tiga sungai itu ialah Sungai Sari dan Sungai Padang Terap di Padang Terap, dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR.

“Tujuh sungai yang melepasi paras berjaga-jaga ialah Sungai Melaka dan Sungai Kuah di Langkawi; Sungai Janing dan Sungai Perik di Padang Terap; Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Kedah di Kota Setar, serta Empangan Beris di Sik,” katanya.

Beliau berkata banjir kilat juga telah melanda beberapa kampung di daerah Kulim, Kuala Muda dan Baling, namun tiada PPS dibuka.

“Proses pemindahan mangsa banjir ke tempat yang lebih tinggi dan selamat sedang dijalankan. Selain itu, anggota APM akan memantau semua sungai di negeri ini bagi memastikan persiapan awal dapat dilakukan sekiranya paras air naik dengan cepat,” katanya.

Di Johor, lebih 400 titik panas banjir di semua 10 daerah sedang dipantau rapi, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang.

Beliau berkata pihaknya menerima sebanyak 12 panggilan kecemasan berkaitan banjir dalam tempoh tiga bulan lepas sahaja.

“Berdasarkan data yang dikumpul daripada Jabatan Saliran dan Pengairan, terdapat 432 titik panas banjir di Johor.

“Balai bomba di kawasan ini telah digesa membuat persiapan awal dan memantau paras air secara berkala terutama dalam cuaca buruk. Bulan lalu, kami menerima sembilan panggilan berkaitan banjir.

“Walaupun ini adalah penurunan daripada 14 panggilan yang kami terima pada masa yang sama tahun lepas, kami akan terus berjaga-jaga,” katanya.

Di Kelantan, penduduk terutama di kawasan rendah sekitar Rantau Panjang mula resah memikirkan musim tengkujuh yang bakal tiba selain berharap banjir yang berlaku tidak sebesar yang lalu.

Penduduk di beberapa penempatan seperti Kampung Gual To’Deh, Kampung Tersang, Kampung Padang Licin,Kampung Tasek Bakong, Kampung Luar dan Kampung Gual Periok, di sini, mengakui kekerapan hujan pada sebelah petang sejak kebelakangan ini membimbangkan mereka.

Bagaimanapun, menurut publicinfobanjir.water.gov.my, kesemua sungai di Kelantan masih menunjukkan paras normal dengan bacaan 6.52 meter bagi Sungai Golok di Rantau Panjang.

Di Sarawak, hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kampung di kawasan Bekenu, Miri, dinaiki air hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, air mula naik dan menenggelami jalan raya di beberapa kawasan mulai jam 8 pagi tadi.

Katanya anggota APM cuba untuk pergi ke salah satu lokasi yang dinaiki air iaitu Kampung Subak, Bekenu, namun jalan raya tidak dapat dilalui kenderaan.

“Air naik hampir satu meter menyebabkan kenderaan tidak dapat melalui beberapa kawasan. Bagaimanapun, sehingga jam 2.15 petang tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
8 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok