Pendi Buaya, Nuar Taman suspek kes bunuh mati ditembak

April 7, 2022 · Isu semasa

Dua lelaki yang maut ditembak polis di Kampung Simpang Tokku, di Kuala Terengganu, Selasa lalu, merupakan suspek utama satu kes pembunuhan serta disyaki anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di negeri ini sejak 10 tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti kedua-dua lelaki tempatan itu yang dikenali sebagai ‘Nuar Taman’ berusia 29 tahun berasal dari daerah ini, dan ‘Pendi Buaya’ berumur 25 tahun dari Marang.

“Seorang suspek terbabit mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala seorang lagi ada 11 rekod jenayah lampau juga berkaitan dadah.

“Hasil siasatan juga mendapati mereka memang terkenal dalam kalangan penagih dadah di negeri ini, termasuk di kawasan FELDA,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Terengganu, di Kuala Terengganu, hari ini.

Bekas KJSJ negeri, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, manakala bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman pula dilantik menggantikan Mohd Marzukhi.

Dengan tertumpasnya kedua-dua suspek terbabit, Rohaimi berkata, polis percaya berjaya menyelesaikan kes seorang lelaki berusia 41 tahun ditembak mati pada 5 Mac lalu di tepi jalan di Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu.

“Berdasarkan hasil siasatan polis, mereka berdua adalah suspek dalam kes tembak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selepas kejadian tembak-menembak antara ‘Nuar Taman’ dan ‘Pendi Buaya’ dengan polis pada Selasa lalu, pihaknya merampas dua pucuk revolver .38 serta beberapa butir peluru di dalam kereta yang digunakan suspek.

“Polis juga menjumpai 20 peket plastik dadah disyaki syabu seberat lebih 1,000 gram (g) serta 14 botol kecil heroin seberat lebih 67g, dan jumlah keseluruhan dadah itu membawa kepada kes bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rohaimi berkata, pihaknya sudah mengarahkan semua ketua polis daerah supaya melakukan pemantauan terhadap penjualan mercun dan bunga api di daerah masing-masing, bagi memastikan hanya jenis tertentu yang dibenarkan dijual kepada orang ramai.

“Penjualan kepada individu bawah umur 18 tahun adalah satu kesalahan. Pemantauan akan dilaksanakan kerana kita tidak mahu ada insiden kecederaan atau kehilangan nyawa disebabkan kebakaran (mercun dan bunga api),” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok