Pendengaran semakan sabitan hukuman penjara, Najib perlu tunggu sehingga Januari

October 21, 2022 · Isu semasa

Pendengaran semakan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta akan bermula pada Januari tahun depan.

Mahkamah Persekutuan menetapkan tiga hari bermula 19 Jan depan untuk mendengar permohonan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri bergelar banduan itu semasa prosiding hari ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Fatimah Zahara Wan Yussoff dan Siti Hajar Mustaffa yang mendengar pengurusan kes hari ini menetapkan 19, 20 dan 26 Jan depan untuk mendengar permohonan semakan itu.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Mohd Ashrof Adrin Kamarul, ketika dihubungi mengesahkan tarikh perbicaraan itu, lapor Bernama.

Farhan berkata, mahkamah juga menetapkan 2 Dis ini untuk satu lagi pengurusan kes bagi semakan tersebut.

Sementara itu, Ashrof berkata, pihak pendakwaan dan pembelaan perlu memfailkan hujahan masing-masing selewat-lewatnya 4 Jan depan.

Prosiding pengurusan kes dalam talian itu dihadiri peguam yang mewakili Najib, iaitu Muhammad Shafee Abdullah, Farhan, Syafiqah Sofian dan Wan Arfan Wan Othman, manakala TPR V Sithambaram dan Ashrof hadir bagi pihak pendakwaan.

Bekas perdana menteri berusia 69 tahun itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman dan denda RM210 juta pada 23 Ogos lepas.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu· Isu semasa
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
17 jam lalu· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Jangan masukkan pemimpin kluster mahkamah dalam Kabinet, kata Bersih kepada Anwar
November 28, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok