Pendapatan KWSP suku pertama 2022 susut berbanding tempoh sama 2021

June 21, 2022 · Isu semasa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan RM15.85 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 susut daripada RM19.29 bilion yang dicatatkan pada suku sama 2021, berikutan kemerosotan ketara dalam pasaran dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata KWSP memulakan awal suku pertama dengan kukuh, tetapi keadaan berubah dengan mendadak apabila pasaran global mengalami kemerosotan, menyebabkan pulangan lebih rendah dalam bon dan ekuiti sepanjang baki tempoh suku pertama.

“Penurunan ini disebabkan oleh beberapa perkembangan yang berpunca daripada ketegangan geopolitik serta kesan kenaikan kadar inflasi dan kadar faedah.

“Perang Rusia-Ukraine hanya memburukkan lagi keadaan, menyebabkan ketidaktentuan terus berlanjutan pada masa negara-negara masih bergelut untuk pulih daripada beban hutang yang tinggi dan kewangan awam yang terjejas ekoran krisis pandemik,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata KWSP berjaya memanfaatkan kedudukan portfolionya untuk menjana keuntungan tambahan walaupun penjanaan pendapatan daripada ekuiti, yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan KWSP, terjejas akibat kelembapan pasaran.

Menurut KWSP, bagi suku tahun yang dikaji, ekuiti menyumbang RM10.46 bilion, iaitu 66 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar.

Selepas mengambil kira turun nilai kos atas ekuiti tersenarai, pendapatan pelaburan bersih bagi kelas aset ini menjana RM9.37 bilion untuk tempoh tersebut, jelas dana persaraan itu.

Sebanyak RM1.09 bilion telah diturunkan nilai untuk ekuiti tersenarai pada suku tahun tersebut, sekali gus menjadikan jumlah pendapatan pelaburan bersih pada suku pertama 2022 sebanyak RM14.76 bilion.

KWSP melaporkan, turun nilai kos atas ekuiti tersenarai adalah polisi dalaman yang diamalkan ke atas pelaburan ekuiti tersenarainya sebagai langkah berhemat untuk memastikan portfolio kekal sihat.

Ia menambah, instrumen pendapatan tetap, yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf, serta pinjaman dan bon, menyumbang pendapatan tetap sebanyak RM4.75 bilion atau 30 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar.

Pendapatan yang direkodkan adalah lebih tinggi berbanding dengan RM3.89 bilion yang dijana pada suku pertama 2021, sebahagian besarnya didorong oleh hasil pasaran yang lebih tinggi pada suku pertama 2022 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, jelasnya.

Menurut dana persaraan itu, hartanah dan infrastruktur mencatatkan penurunan dalam pendapatan kepada RM0.36 bilion daripada RM0.71 bilion bagi tempoh yang sama.

Pendapatan daripada instrumen pasaran wang pula mencatatkan RM0.28 bilion berbanding dengan RM0.38 bilion yang direkodkan pada suku pertama 2021, tambahnya.

KWSP menjelaskan sehingga Mac 2022, keseluruhan aset pelaburan KWSP meningkat kepada RM1.02 trilion, di mana 37 peratus dilaburkan dalam pelaburan luar negara.

Pempelbagaian KWSP ke dalam pelbagai kelas aset, pasaran dan mata wang yang berbeza terus memberikan kestabilan pendapatan dan tambah nilai kepada pulangan keseluruhan KWSP, menurutnya.

Ia melaporkan, pada suku pertama 2022, pelaburan luar negara menjana pendapatan sebanyak RM8.23 bilion, mewakili 52 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar yang direkodkan.

KWSP menambah, sejumlah RM1.88 bilion daripada RM15.85 bilion pendapatan pelaburan kasar dijana bagi Simpanan Shariah, dan RM13.97 bilion bagi Simpanan Konvensional.

Simpanan Shariah memperoleh kesemua pendapatannya daripada bahagian portfolio syariah sahaja, manakala pendapatan Simpanan Konvensional dijana oleh kedua-dua bahagian portfolio syariah dan konvensional, jelasnya. – Bernama

Berita berkaitan
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022· Isu semasa
8 cabang perlu jalankan undi semula, keputusan pemilihan PKR ditangguh
May 23, 2022· Politik
Syukur hari raya kembali disambut dalam suasana normal: Muhyiddin
May 2, 2022· Isu semasa
Orang ramai membeli-belah saat akhir, pasar raya penuh
May 2, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok