
Ikon permotoran ditahan pihak polis.
Seorang pendakwah bebas yang disiasat berhubung kes rogol remaja berusia 14 tahun akan diserahkan kepada polis kontinjen Kuala Lumpur apabila remannya tamat pada Sabtu (23 Julai).
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata setakat ini terdapat empat laporan terhadap pendakwah itu – dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak.
“Kami menggesa mana-mana individu lain yang menjadi mangsa tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataannya pada Jumaat (22 Julai).
Mengulas lanjut, Sasikala berkata siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mula berhubung melalui media sosial.
Remaja itu ingin bertanya tentang hal agama dan mereka terus menjalin hubungan pada Mei tahun lalu.
Menurutnya polis sedang menyiasat jika suspek telah mengugut mangsa dalam apa jua cara untuk memulakan hubungan intim.
“Siasatan juga sedang dijalankan untuk melihat sama ada suspek telah menunjukkan watak yang baik (untuk mendapatkan kepercayaan mangsa) yang membawa kepada rogol,” tambahnya.
Pada 16 Julai, polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dia telah dirogol oleh suspek.
Pendakwah itu ditahan pada Isnin (18 Julai) di ibu pejabat polis Kuala Selangor.