Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan

September 26, 2022 · Isu semasa

Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung projek pusat sehenti dan sistem visa asing (VLN) yang diberikan dan dilanjutkan kepada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Notis rayuan itu difailkan hari ini (26 September), kata sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) memberitahu theedge dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Jumaat lalu, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Yazid Mustafa melepas dan membebaskan Zahid daripada kesemua 33 pertuduhan mengikut Seksyen 16 (A)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohd Yazid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaaan gagal membuktikan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur rasuah di bawah Seksyen 16 AB Akta Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hakim memutuskan tiga saksi utama iaitu bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan bekas Pengurus Pentadbiran David Tan Siong Sun, bukan saksi yang boleh dipercayai.

Pada 26 Jun 2019, Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN. Bagaimanapun pada 31 Julai 2019, mahkamah membenarkan permohonan Presiden UMNO itu untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN.

Kesemua kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.

Zahid, 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Dia didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sebagai Menteri Dalam Negeri, menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Zahid turut didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc; dan US$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Zahid dituduh melakukan perbuatan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
16 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
23 jam lalu· Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
23 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
December 9, 2022· Isu semasa
Popular
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
750 mangsa banjir empat negeri ditempatkan di 13 PPS
2 jam lalu · Isu semasa
1,597 kes baharu, enam kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
21 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
December 9, 2022 · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
December 9, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
20 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok