Pendakwaan bantah permohonan Bung, Zizie semak perintah bela diri

October 17, 2022 · Isu semasa

Pihak pendakwaan dalam kes rasuah RM2.8 juta membabitkan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, memfailkan bantahan awal terhadap usul pasangan itu menyemak semula perintah Mahkamah Sesyen supaya mereka membela diri.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, yang hadir untuk pendakwaan berkata demikian ketika pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini (17 Oktober 2022).

Law berkata permohonan semakan tidak sepatutnya difailkan secara usul kerana ia menghilangkan kuasa budi bicara mahkamah.

“Ini mengikut Seksyen 35 dan 36 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Cara itu salah dan tidak diketahui dalam undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun, peguam M Athimulan, yang mewakili Bung Moktar, berhujah bahawa terdapat tiga pilihan untuk melakukan semakan, menjadikan permohonan mereka sah.

“Saya perlu melihat hujahan bertulis pihak pendakwaan terlebih dahulu sebelum berhujah lanjut,” katanya.

Mahkamah menetapkan 11 November untuk mendengar permohonan itu.

Pasangan itu dijadual membela diri kerana menerima RM2.8 juta melalui cara rasuah seperti yang diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob pada 2 September lalu.

Tetapi, pada 23 September, kes mereka telah ditangguhkan sementara menunggu permohonan untuk menyemak perintah mahkamah yang memerlukan kedua-dua mereka menjawab pertuduhan.

Mereka memfailkan permohonan itu atas alasan membetulkan perintah Rozina terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan Felcra Bhd melabur RM150 juta dalam dana unit amanah Public Mutual.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu pengerusi bukan eksekutif Felcra, telah menerima suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah wang tunai RM262,500 daripada Madhi untuk tujuan sama.

Bung Moktar, 64, juga didakwa menerima rasuah wang tunai RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Norhaili Ahmad Mokhtar pada 19 Jun 2015.

Dia didakwa melakukan kesalahan pertama di cawangan Public Bank di Taman Melawati pada 12 Jun 2015.

Kesalahan kedua dan ketiga didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya dalam perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok