Pendakwa tak puas hati kenyataan peguam Najib di luar mahkamah

October 4, 2022 · Isu semasa

Pendakwaan memberi amaran kepada peguam Datuk Seri Najib Razak kerana mengeluarkan kenyataan media yang menuduh pihaknya menyembunyikan maklumat mengenai surat transaksi derma daripada Arab Saudi kepada bekas Perdana Menteri itu.

Amaran itu dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang menyifatkan kenyataan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada sidang media semalam sebagai serangan langsung terhadap pihak pendakwaan.

Peguam kanan itu juga mengedarkan salinan surat tersebut yang mengandungi kepala surat pejabat persendirian Abdulaziz Majid Al Saud yang dialamatkan ke rumah Najib di Jalan Langgak Duta.

Shafee turut mengedarkan beberapa muka surat penyata akaun bank Najib yang digunakan dalam prosiding itu.

Beliau mendakwa pihak pendakwaan gagal mendedahkan/menyampaikan kepada pihak pembelaan butiran lima lagi transaksi berikutnya yang diperoleh pihak pembelaan melalui siasatan mereka sendiri.

Memetik BH, Sri Ram menegaskan, peguam mewakili Najib tidak boleh memberi kenyataan mengenai isu terbabit di luar mahkamah kerana pihaknya sudah tentu tidak boleh membalas dakwaan berkenaan melalui cara itu.

“Tertuduh mesti menjalani perbicaraan di dalam mahkamah dan bukannya di luar kepada masyarakat umum.

“Semua surat yang dirujuk pembelaan sudah dikemukakan pada perbicaraan SRC International Sdn Bhd dan ia adalah surat sama yang ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi (ketika itu), Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Saya tidak boleh menjawab (dakwaan) itu di luar (mahkamah) dan ia tidak wajar bagi saya berbuat sedemikian.

“Mereka tidak boleh menyatakan kami menyekat dokumen. Ia tidak relevan kepada kes kami. Apa yang saya perlu buktikan adalah wang itu milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Namun jika mereka mahu bangkitkan juga, jawapan saya adalah mudah, iaitu mereka dihalang daripada berbuat demikian. Saya mesti memberi amaran bahawa mereka tidak boleh melakukannya.

“Mereka tidak boleh membicarakan kes ini dalam media. Jika mereka teruskan juga, saya akan memohon kepada mahkamah untuk menghalang perbincangan ini,” katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian menetapkan esok untuk memberi peluang kepada Muhammad Shafee menjawab.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid
November 30, 2022· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
12 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok