
Pesawat Malaysia Airlines, MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 ditambak jatuh, ketika melalui ruang angkasa Ukraine. - Gambar Reuters
Peguam kepada suspek yang dituduh menembak pesawat Malaysia Airlines, MH17 berkata pihak pendakwa gagal membuktikan peluru berpandu buatan Russia menjatuhkan pesawat itu.
Ketika membuat hujahan pada akhir perbicaraan kes itu, peguam yang mewakili suspek Oleg Pulatov, Sabine ten Doesschate berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan daripada perbualan, imej dan kenyataan saksi bahawa peluru berpandu berkenaan yang menjatuhkan MH17.
“Namun, walaupun peluru berpandu dilancarkan, ia tidak dapat dibuktikan secara konklusif, ia adalah peluru berpandu yang menembak jatuh MH17.
“Terdapat kelompangan dalam kes pendakwaan kerana mereka terlalu tertumpu untuk membuktikan kumpulan pemisah menggunakan peluru berpandu BUK yang dibekalkan Russia,” katanya dalam perbicaraan di mahkamah yang diadakan berhampiran lapangan terbang Schiphol di Amsterdam, Belanda.
Jet penumpang itu ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014, membunuh semua 298 di dalamnya, ketika tentera Ukraine memerangi pemisah pro-Russia di timur negara itu yang dilanda perang.
Perbicaraan terhadap empat lelaki, yang bermula pada Mac 2020.
Disember lalu, pendakwa raya menggesa hukuman penjara seumur hidup bagi empat lelaki yang didakwa terlibat – warga Russia, Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine Leonid Kharchenko.
Hanya Pulatov yang diwakili peguam, namun tiada seorang pun daripada mereka telah hadir di mahkamah.
Peguam Pulatov memberitahu hakim bahawa terdapat ‘kelompangan’ dalam kes pendakwaan kerana mereka terlalu tertumpu hanya untuk membuktikan pemisah menggunakan peluru berpandu BUK yang dibekalkan Russia.
“Cerita mereka adalah lebih penting daripada mencari bukti konklusif,” kata Ten Doesschate.
Sebagai contoh, katanya ia tidak dapat dibuktikan bahawa jejak asap – yang menurut pendakwa raya dilihat sejurus selepas peluru berpandu dilepaskan – sebenarnya adalah milik peluru berpandu BUK.
Menurutnya hakim tidak boleh membuat “kesimpulan lain selain pembebasan” untuk anak guamnya.
Mahkamah dijangka tidak membuat apa-apa keputusan sehingga November 2022. – Agensi