Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan

January 29, 2023 · Isu semasa

Ketua Pemuda PAS Pahang, Aireroshairi Roslan dakwa menjadi ‘mangsa’ pihak atasan apabila tidak lagi dibenarkan muncul dalam rancangan terbitan TV Alhijrah.

Beliau berkata larangan itu bermula minggu ini.

“Akibat tekanan dari ‘pihak atasan’, saya tidak dibenarkan muncul di TV Alhijrah bermula minggu ini. Serangan yang telah pun dijangka,” tulisnya di Facebook.

Aireroshairi merupakan penceramah dalam segmen Assalamualaikum sejak April tahun lalu yang disiarkan pada jam 7 pagi.

Memetik laporan Malaysiakini, Aireroshairi memberitahu beliau dimaklumkan oleh wakil stesen televisyen itu melalui panggilan telefon.

“Ya, memang betul, salah seorang kakitangan stesen televisyen itu menelefon saya Rabu lalu. Dia memberitahu pihaknya menerima tekanan daripada pihak atasan untuk membatalkan jemputan kepada saya sebagai penceramah.

“Saya kira keputusan ini bukan dibuat pihak penerbit (program) tapi (arahan) pihak lebih atas lagi… mungkin kerajaan sekarang dan mungkin (arahan) menteri hal ehwal agama yang baru,” katanya.

Namun beliau tidak menyalahkan sesiapa di stesen televisyen berkenaan kerana memahami mereka hanya menjalankan tugas.

Berita berkaitan
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
16 laporan polis sudah diterima berhubung penceramah hina institusi beraja
March 16, 2023· Isu semasa
Terima realiti kehilangan kurangkan rasa hiba
February 23, 2023· Isu semasa
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP: Pemuda PAS Pahang
February 8, 2023· Isu semasa
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
41 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
51 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
7 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok