
Ikon permotoran ditahan pihak polis.
Polis dilaporkan menahan seorang penceramah bebas popular semalam kerana disyaki merogol seorang remaja bawah umur berusia 14 tahun.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi Subramaniam berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.
Menurut laporan BH, penceramah bebas itu direman lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
“Kebenaran reman itu diperoleh dari Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Sasikala berkata, polis sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada remaja perempuan terbabit pada jam 11.15 malam, 16 Julai lalu.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek yang juga warga tempatan sejak Mei tahun lalu.
“Bermula daripada perkenalan itu, pengadu dan suspek beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.
“Setakat ini, empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu sama,” katanya.
Untuk rekod, seseorang lelaki boleh dituduh dan disabitkan dengan hukuman merogol jika hubungan kelamin di antara lelaki dan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan persetujuan perempuan tersebut. Ini juga dikenali sebaggai “statutory rape”.